Sungguh Jahat Gol Lukaku

Romelu Lukaku telah menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit di separuh masa kedua untuk memberi Inter Milan kemenangan menentang Udinese.

Kemenangan ini menamatkan rentetan keputusan seri 1-1 Inter Milan dalam 3 perlawanan berturut-turut dan kini tiga mata di belakang Juventus.

Dua gol ini telah menambah lagi jumlah jaringan Lukaku di Serie A bersama Inter Milan kepada 16 gol dan 20 gol sepanjang musim ini..

Lukaku memecahkan kebuntuan pada minit ke-64 dan menyempurnakan sepakan penalti tujuh minit kemudian.

Tolakan Nicolo Barella berjaya mencari Lukaku yang tidak dikawal di sebelah kanan kotak penalti dan memberi masa yang cukup untuk Lukaku mengawal bola.

Pemain pertahanan turun untuk menutup ruang namun Lukaku tenang membaca langkahan yang memilih antara ruang dua kaki sebagai sasaran.

Satu nutmeg, ole(bukan pengurus Manchester United) atau 50 sen telah dilakukan oleh Lukaku dengan satu rembatan leret yang laju.

Bola melencong saja masuk dan telah mengelirukan Musso yang lambat untuk menyelamatkan bola.

Sungguh jahat bola lukaku itu.

Dalam perlawanan ini Ashley Young juga agak menonjol dan mengancam sangat jauh berbeza ketika bersama pasukan lamanya.

Alexis Sanchez yang masuk sebagai pemain gantian telah memberi sepakan penalti untuk Inter yang disudahkan oleh Lukaku.

Perlawanan ini merupakan debut untuk Cristian Eriksen, Ashley Young dan Victor Moses di Serie A bersama Inter Milan.

Udinese: Musso, Becao, De Maio, Nuytinck (Jajalo 72), Stryger De Paulm Mandragora, Fofana (Teodorczyk 83), Sema (Zeegelaar 72), Okaka, Lasagna

Pemain gantian tak digunakan: Troost-Ekong, Souza Silva, Ter Avest, Perisanm Nestorovski, Andrade

Inter: Padelli, Skriniar, De Vrij, Bastoni, Moses (D’Ambrosio 83), Vecino, Barella, Eriksen (Brozovic 58), Young, Lukaku, Esposito (Sanchez 59)

Pemain gantian tak digunakan: Handanovic, Godín, Ranocchia, Asamoah, Agoume, Biraghi, Stankovic, Candreva

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.