Gianluigi Buffon sekali lagi kecewa gagal meraih kejuaraan UEFA Champions League (UCL) pada musim ini setelah Juventus disingkirkan Lyon di pusingan 16 pasukan terbaik melalui peraturan gol di tempat lawan.
Anehnya ramai penyokong AC Milan bertanggapan kegagalan Buffon di pentas eropah mempunyai kaitan dengan sumpahan ‘Gol Hantu’ Sulley Muntari.
How do you feel about Muntari's "ghost goal"?
— Ado (@sirbega) March 29, 2018
Kejadian berlaku pada dalam perlawanan membabitan San Siro di antara AC Mian menentang Juventus pada Februari 2012.
Dalam perlawanan tersebut, pemain antarabangsa Ghana itu berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang Juventus.
Dalam situasi kelam kabut itu, Buffon sempat menguis keluar bola, dan pengadil perlawanan tidak memberikan gol kepada Milan. Buffon semestinya menafikan bola telah melewati garisan gol.
Selepas perlawanan selesai, Buffon berkata tidak menyesal melakukan perkara itu, dan tetap akan mengulangi perkara yang sama jika kejadian sama berulang.
Kenyataan dari Buffon itu membuatkan Muntari hilang rasa hormat terhadap penjaga gol legenda Itali itu.
Paolo Tagliavento retires from refereeing & admits his biggest mistake was Sulley Muntari’s ‘ghost goal’ during #ACMilan–#Juventus in 2012 https://t.co/BcuswpSwXo #FCIM #SerieA pic.twitter.com/DQTSQss28k
— footballitalia (@footballitalia) May 30, 2018
“Dia jelas-jelas melihat bola tersebut melewati garisan gol,” kata Muntari.
“Saya tidak pernah menjadikan sesiapa sebagai idola di dalam bola sepak. Tetapi selama ini saya bertanggapan Buffon adalah pemain yang memiliki semangat kesukanan,” ujar Muntari kepada media pada ketika itu.
Sejak insiden tersebut, Buffon tidak pernag meraih kejuaraan UCL dari 2012 sehingga ke tahun ini. Malah penjaga gol itu pernah berhijrah menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan harapan mampu meraih kejuaraan UCL bersama kelab Perancis itu.
Sulley Muntari’s ‘ghost goal’ could have changed the history of Italian football- Ex-AC Milan CEO. Read more➡ https://t.co/hMUzrtjaEZ pic.twitter.com/k6GpzrmtYC
— Pulse Ghana Sports (@PulseSportsGh) November 27, 2018
Sukar untuk mengaitkan kegagalan Buffon di pentas eropah seperti yang dikaitkan oleh penyokong Milan. Apatah lagi perlawanan di antara Milan dan Juventus itu adalah perlawanan Serie A dan bukan perlawanan UCL.
Berikut adalah senarai kegagalan Buffon sejak insiden gol hantu Muntari itu.
2013 Juventus tersingkir kepada Bayern Munich di suku akhir
2014 Juventus tersingkir di peringkat kumpulan
2015 Juventus kalah di perlawanan akhir final kepada Barcelona
2016 Juventus tersingkir kepada Bayern Munich di pusingan 16 pasukan
2017 Juventus kalah di perlawanan akhir kepada Real Madrid
2018 Juventus disingkir oleh Real Madrid di suku akhir
2019 Paris Saint Germain tersingkir kepada Manchester United di pusingan 16 pasukan
2020 Juventus disingkir kepada Lyon di pusingan 16 pasukan