Sumareh Ucap ‘Hello’ Kepada Penyokong Police Tero – “See You Soon In Bangkok”

Spekulasi perpindahan Mohomadou Sumareh dari Pahang bukan perkara baharu. Apatah selepas pemain naturalisasi negara itu sebelum ini secara tiba-tiba menghilangkan diri dari skuad Pahang FA.

Menjawab pertanyaan mengenai masa depannya dalam satu temubual bersama Dunia Bola beberapa bulan lalu, ini jawapan Sumareh:

“Tiada apa yang boleh saya katakan [buat masa ini]. Media selalu juga cakap pasal benda ini.” kata Sumareh.

“Tetapi saya sememangnya masih bersama Pahang , itu yang saya boleh katakan pada ketika ini. Saya memang tak sabar untuk kembali ke padang.

blank

“Dalam dunia ini, semua orang termasuk awak [Mia] sendiri, kalau awak dapat tawaran yang lebih baik awak nak kekal atau terima tawaran itu?

“Sudah pasti anda akan pergi. Sama seperti bola sepak. Anda tidak akan bermain bola sepak selama-lamanya.

“Di mana sahaja semua pemain akan ambil tawaran yang lebih baik. Itulah yang berlaku sekarang dalam bola sepak.”

Pelbagai khabar angin bertiup. Terbaru Sumareh dikatakan akan beraksi di Liga Thailand.

Dan nampaknya tempoh beliau bersama Pahang sudah pun berakhir, dan tawaran yang lebih baik yang dinanti-nantikan selama ini telah pun tiba sekiranya video yang tular ini menjadi sandaran.

Video yang mulai tular di media sosial di kalangan penyokong dan media bola sepak di negara jiran ini dipercayai video pengenalan diri Sumareh kepada penyokong di Police Tero FC.

“My name is Mohamadou Sumareh. Hello. To all Police Tero fans, see you soon in Bangkok,” ucap pemain itu dalam satu klip ringkas.

Video tersebut mengesahkan Sumareh kini milik Police Tero. Namun kami tidak dapat mengesahkan sama ada pemergian beliau adalah secara pinjaman atau kekal.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.