Sumareh Muat Naik Mesej Misteri Mengenai Kehilangan Misterinya Dari Pahang

Dalam perlawanan menentang pada malam tadi, Pahang jelas pasukan yang tempang dengan ketiadaan beberapa tonggak utama termasuk Mohomadou Sumareh yang hilang dengan misteri.

Pahang tewas perlawanan tersebut dengan jaringan 3-2 selepas cuba bangkit, setelah terlebih dahulu ketinggalan 3-0.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh melalui Vocket FC sebelum ini berkata pemain sayap pasukan itu sudah tidak lagi bersama skuad Tok Gajah namun tidak jelas akan status sebenar pemain sayap naturalisasi negara itu.

Menurut Dollah, Sumareh menghilang sejak sebulan yang lalu dan kelibat beliau turut tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu dikatakan akan berjumpa dengan pihak pengurusan dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat mengenai kehilangan Sumareh.

Pemain itu sebelum ini dikaitkan dengan JDT, dan ia bukan satu rahsia lagi juara Liga Super enam kali berturut-turut itu semenangnya berminat untuk mendapatkan khidmat Sumareh.

Tatkala seorang lagi bintang negara, Safawi Rasid bakal berhijrah ke Portugal, Sumareh dilihat sebagai pengganti terus untuk Safawi.

Sumareh akhirnya bersuara

Pelbagai spekulasi timbul membabitkan Sumareh. Ada yang mengaitkan Sumareh menghadapi masalah dalaman dengan pengurusan Pahang.

Ada juga yang menimbulkan spekulasi pemain itu cuba dipancing oleh Selangor berdasarkan perkongsian pemain itu di media sosial sebelum berita kehilangganya menjadi bualan.

Akhirnya Sumareh akhirnya bersuara – juga melalui Instagram miliknya.

Dalam muat naik terkininya Sumareh memohon maaf terhadap apa yang telah berlaku tanpa menjelaskan punca kehilangannya.

“Kepada semua penyokong yang saya hormati. Malang sekali keadaan menjadi begini. Saya tidak berniat mungkir janji untuk terus memberikan sokongan kepada kelab yang saya hormati.

https://www.facebook.com/rotpMY/photos/a.2006313523029114/2737958739864585/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAIlC_AwFE2xl2h-5BBni1QzvQhGNf22VTxpY1dWuriRcDfZHcm4mY9M9gSbc68mQEbbMlGoHNDTART5m-ENjSzUVMahpmkRs-Skfgc44-On6sfWBcZPlOHCR0k84uaQ4hRqdPugcTct-LbOQLeheiA1i0o5TTIx9H7aqaGTiyD_rrrHkbsF1WLYacAgwusNpnJbeVCgWmu_CEpVSfDvtJ6WiRVfmQK39-sdWb_E4UnLEdbZ9IUk7jd7Ud2IHzMBb8xFAvHyrMaNXXUZdGrGLobEQnAr3xwbLHSKihzQMIndSxgQ6YKz1TYyEXw2leQpshtKIzexuWJRo8IhGCGZ0D60au1&__tn__=-R

“Namun ada kalanya perkara berlaku tidak seperti yang kita rancang. Saya benar-benar minta maaf atas kesulitan yang berlaku.

“Buat masa ini, tidak banyak saya mahu perkatakan. Biarlah masa yang akan menjelaskannya,” ujar Sumareh.

Lebih banyak teka-teki

Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah muat naik tersebut adalah ucapan selamat tinggal kepada penyokong Pahang?

Jika benar Sumareh bakal meninggalkan Pahang, ke manakah beliau akan pergi? Adakah benar beliau akan menyertai Selangor, atau adakah Sumareh bakal ke selatan tanah air mengikuti jejak Matthew Davies

Jika benar Sumareh mendapat tawaran lain, maka cara ini cukup tidak profesional.

Kontraknya bersama Pahang adalah sehingga penghujung musim. Seharusnya sebagai pemain profesional, beliau perlu meneruskan baki saingan musim ini.

Namun jika ia melibatkan masalah gaji, Pahang perlu dipersalahkan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.