Sukan Tinju Lebih Bahaya Daripada MMA Walaupun Sarung Tangan Lebih Tebal

Setiap tragedi dalam sukan pastinya sentiasa menjadi sesuatu yang menyedihkan bagi kita semua. Dalam sukan tinju, ada 2 nyawa melayang pada minggu lalu.

Pada Khamis minggu lalu petinju walerweight Argentina, Hugo Alfredo Santillan meninggal dunia. Ianya berlaku dalam jarak 4 hari daripada kematian Maxi Dadashev di Maryland.

2 kematian ini mengingatkan semua pihak bahawa, sesuatu harus dilakukan. Dengan tenikal dan keupayaan para petinju yang semakin kuat dibantu oleh sains sukan, impak pada mereka adalah lebih besar.

Dalam sukan tinju, tiada satu kematian pun boleh dituduh kerana pembunuhan. Ini kerana setiap petinju sudah setuju dengan menandatangani kontrak bahawa menyerahkan fizikal termasuk nyawa mereka di dalam ring kepada sukan tersebut, atas semangat kesukanan.

Sebelum ini ramai yang kurang senang dengan sukan UFC dan menganggap ia lebih bahaya daripada tinju. Namun buat masa ini, sukan tinju kelihatan lebih bahaya.

Namun, ini bukanlah perkara baru dalam sukan tinju. Malah dalam sejarah sukan tinju pada zaman kuno lagi, sudah ada nyawa yang terkorban kerana sukan ini.

Ada teori menyatakan petinju lebih kuat hayunan mereka kerana sarung tangan tebal yang mereka gunakan. Tujuan asal sarung tangan itu adalah untuk melindungi muka lawan daripada terkena impak yang sangat keras.

Penulis The Guardian, Bryan Armen Graham mendedahkan bahawa, walaupun ramai berpendapat sarung tangan UFC yang lebih nipis ini dilihat lebih bahaya, hakikatnya, para petinju lebih kuat menumbuk lawan mereka kera sarung tangan yang tebal itu secara tak langsung telah melindungi tangan mereka daripada kesakitan.

Manakala di UFC, sarung tangan yang nipis itu membuatkan para petarung mereka akan merasakan kesakitan jika menumbuk terlalu kuat.

Foto – The Fight City

Maka, dalam sukan tinju, para petinju akan menghayungkan tangan mereka sekuat-kuatnya kerana mahu memastikan impak tumbukan itu lebih kuat, dengan memikirkan bahawa sarung tangan yang tebal itu sebenarnya memberikan perlindungan kepada muka lawan mereka. Mereka tidak takut akan risiko memecahkan muka lawan mereka.

Sebagai perbandingan, sejak sukan MMA dipromosi secara meluas pada 1993, masih belum ada petarung mereka yang terkorban setakat ini. Sebaliknya, sukan tinju mencatatkan angka korban sebanyak 30 orang dalam tempoh yang sama.

Beratus-ratus lagi petinju dilaporka mati sebelum tahun tersebut. Berdasarkan laporan Ring Magazine, pada 1953 paling teruk dengan mencatatkan 22 kematian, salah satu yang paling popular adalah kematian Jimmy Doyle, yang mati kerana tumbukan Sugar Ray Robinson.

Benny Paret pula meninggal selepas tewas di tangan Emile Griffith. Kes lain, Davey Moore mati selepas ‘collapsed’ di bilik persalinan sebaik sahaja tamat pertarungan menentang Sugar Ramos.

Maxim Dadashev baru baru ini meninggal dunia pada usia 28 tahun, kerana kecederaan selepas pertarungan.

Akhir sekali, sukan tinju tetap menjadi antara sukan popular. Ianya memberikan pulangan berjuta-juta dollar kepada atlet dan juga para pelabur. Acara tinju sentiasa menjadi acara perdana dalam kalendar sukan antarabangsa.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.