Cristiano Ronaldo telah melaungkan sokongannya kepada bintang MMA dan UFC dari Rusia Khabib Nurmagomedov menjelang perlawanan menentang Justin Gaethje di UFC 254 untuk mempertahankan kejuaraan kelas lighgweight.
Pertemuan kedua-dua atlet seni tempur campuran itu akan diadakan di Kepulauan Yas, Abu Dhabi pada Sabtu hadapan dan semenangnya adalah pertemuan yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat sukan tempur dari selutuh dunia.
Seperti mana peminat yang lain, Ronaldi telah memilih Khabib untuk menang perlawanan tersebut.
Bintang Juventus itu melaungkan sokongan beliau melalui satu perkongsian di Instagram secara rakaman langsung baru-baru ini.
“Sudah tentu, sudah tentu Khabib akan menang, saudaraku. Insya-Allah. Siuuu!!!,” ucap pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu sebagai respon yang ditanya oleh pengikut di laman sosial tersebut.
Ronaldo kini sedang melalui tempoh kuarantin di kediamannya di Turin selepas diuji positif ketiga tugasan antarabangsa bersama Portugal untuk wabak global yang sedang menular dunia pada hari ini.
Keputusan ujian tersebut menyebabkan Ronaldo terpaksa diasingkan dari skuad kebangsaan Portugal dan kini turut terlepas perlawanan Juventus menentang Dynamo Kyiv di pertandingan UEFA Champions League.
Cristiano Ronaldo predict Khabib to win. #UFC254 pic.twitter.com/i7czrxAm9s
— Talal (@TalalAlhuthali) October 16, 2020
Selain daripada MMA, Khabib juga sememangnya meminati sukan bola sepak.
Khabib juga mempunyai kelab bola sepak yang beliau minati dan ikuti. Dalam satu temu ramah di Rusia, Khabib meminati Anzhi Makhachkala di Liga Rusia.
View this post on InstagramA post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on
Malah beliau pernah menyampaikan nasihat kepada pemain-pemain pasukan tersebut agar tampil lebih berdisiplin untuk memastikan kejayaan.
Hubungan baik Ronaldo dan Khabib juga bukannya satu rahsia lagi.
Juara lightweight UFC ini juga adalah seorang penyokong Real Madrid, dan merupakan pengikut bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.
Selepas Real Madrid bergelar juara eropah pada 2017, Khabib pantas memuatnaik kenyataan untuk mengucapkan tahniah kepada skuad Los Blancos.
Cristiano Ronaldo on his IG:
"Of course, of course, Khabib is going to win My brother! Inshallah"
Khabib Nurmagomedov will defend his lightweight title against Justin Gaethje at UFC 254. pic.twitter.com/ZYn7ek0V9h
— TeamCRonaldo (@TeamCRonaldo) October 17, 2020
Khabib turut pernah dijemput untuk ke Santiago Bernabeu pada Februari 2018 dan menerima jersi Cristiano Ronaldo selepas bintang Portugal itu menjaringkan hatrik dalam perlawanan menentang Real Sociedad.
Atlet MMA dari Rusia itu kini adalah pemegang rekod tidak terkalah paling lama di UFC dengan 28 kemenangan untuk rekod 100% dalam pertandingan itu.
Lawan Khabib pada hujung minggu ini, Justin Gaethje pula menempah tiket untuk mencabar kejuaraan milik Khabib selepas menewaskan Tony Ferguson pada Mei lalu.
Khabib kini adalah pilihan utama untuk memenangi pertemuan tersebut, dengan kebanyakkan syarikat perjudian meramalkan Khabib bakal melebarkan rekod kemenangannya.