Barcelona dikatakan berhadapan dengan masalah kewangan yang teruk sehingga tidak mampu untuk membawa masuk pemain seperti Memphis Depay dari Lyon dan Georginio Wijnaldum dari Liverpool.
Kedua-dua pemain adalah sasaran dan pemain yang dikehendaki oleh Ronald Koeman, namun peraturan kewangan ketat oleh LaLiga telah menyekat untuk Barcelona bertindak demikian.
Satu-satunya cara Barcelona boleh membeli pemain baharu ialah dengan menjual pemain sedia ada untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung.
Namun demikian bagaimana Barcelona boleh membatalkan kontrak Luis Suarez begitu sahaja tanpa mendapat sesen pun dari hasil penjualan.
Atlético Madrid and Barcelona have a total agreement for Luis Suarez. Tonight’s meeting was 100% positive. There’s no problem atm – he’s joining @atleti, here we go confirmed! Just a matter of time. Luis va a ser rojiblanco. ⚪️🔴 @MatteMoretto #Suarez #Atleti #Barcelona #FCB https://t.co/Rn3VKhh27e
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 22, 2020
Dan terkini, Barcelona dilaporkan bersetuju membenarkan Luiz Suarez untuk menyertai salah sebuah pesaing domestik, Atletico Madrid.
Ianya bukan rahsia lagi bahawa Suarez bukan lagi pemain yang diperlukan di Nou Camp pada musim akan datang.
Suarez dilaporkan bersetuju untuk menerima pemotongan gaji demi merealisasikan perpindahan ke Atletico. Ini selepas perpindahan pemain antarabangsa Uruguay ini berhadapan masalah berkaiyan passport.
Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu pada mulanya bertindak menyekat perpindahan tersebut kerana tidak mahu mana-mana bekas pemain menguatkan pasukan lawan yang bersaing dalam pertandingan domestik.
Luis Suarez is set to join Atletico Madrid after a breakthrough in talks with Barcelona, Goal can confirm 🔜
We're so ready for Simeone, Costa and Suarez 👀 pic.twitter.com/6lWRmVtj6V
— Goal (@goal) September 22, 2020
Namun selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Suarez, Barcelona terpaksa mengalah kerana Suarez mengancam akan menyebarkan rasa tidak puas hati beliau kepada media.
Atletico dikhabarkan hanya perlu membayar yuran perpindahan minimum sebanyak 4 juta euro untuk penyerang berusia 33 tahun, dan turut termaktub kepada aksi di Champions League.
Suarez juga akan menerima separuh daripada pendapatan berjumlah 30 juta euro setahun yang diterimanya di Barcelona untuk berhijrah ke Atletico.
Perpindahan ini akan menamatkan karier selama 6 tahun Suarez di Nou Camp setelah membantu gergasi Catalan itu menjuarai 4 kejuaraan La Liga, 4 kejuaraan Copa del Rey, dan juga juara Piala Kelab Dunia pada 2015.
Ia juga menamatkan satu lagi saga perpindahan selepas Suarez sebelum ini dilihat hampir menyertai Juventus.