Atletico Madrid kembali mendominasi saingan La Liga selepas memperoleh gol penting jaringan Luis Suarez untuk mengesahkan kemenangan menewaskan Osasuna seterusnya menghalang Real Madrid dari memintas mereka.
Pada hari yang cukup dramatik dalam aksi saingan La Liga, Barcelona telah terlepas peluang untuk mencabar kedudukan liga selepas mencatatkan kekalahan 2-1 di tangan Celta Vigo.
Walaupun Lionel Messi awalnya berjaya membuka tirai jaringan untuk Barca, namun skuad kendalian Ronald Koeman gagal untuk mengukuhkan kedudukan dan terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.
Luis Suarez in La Liga for Atletico Madrid this season
👕 31
⚽️ 20 pic.twitter.com/RLiG5Qr9Jk— Goal (@goal) May 16, 2021
Real Madrid dilihat bakal memimpin carta liga selepas mereka berjaya mendahului aksi perlawanan bertemu Athletic Bilbao hasil jaringan Nacho Fernandez.
Ia kerana Atletico Madrid pada ketika itu sedang terikat 1-1 bertemu Osasuna dengan perlawanan sudah masuk minit yang ke-80.
Walaupun keputusan seri sudah cukup untuk Atletico kerana mereka akan mengumpul jumlah kutipan mata yang sama dengan Real Madrid (Real terajui liga berdasarkan keputusan head-to-head) menjelang aksi perlawanan terakhir dalam saingan liga.
Selepas Renan Lodi menjaringkan gol penyamaan untuk Atletico, Suarez meledak gol kemenangan selepas menerima hantaran Yannick Carrasco dengan perlawanan berbaki beberapa minit sahaja lagi.
Kemenangan itu memberikan Atletico Madrid kelebihan dua gol mengatasi Real Madrid selepas mengharungi 37 perlawanan sepanjang musim ini.
Luis Suarez cost Atletico Madrid €6 million.
He’s scored 20 league goals this season, including the one that has sent the club top of the league with one game to play.
BARGAIN. pic.twitter.com/jw9LPRNKEn
— Oddschanger (@Oddschanger) May 16, 2021
Suarez yang sebelum ini dibenarkan untuk pergi oleh Barcelona pada musim panas lalu, membuka jersinya sambil meraikan kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan untuk Atletico peroleh tiga mata paling penting.
Selepas wisel penamat dibunyikan, pengurus Atletico, Diego Simeone berlari dari tepi padang menuju ke bilik persalinan sambil menumbuk udara ketika berlari tanda gembiranya beliau.
Gol tersebut juga telah menghampakan harapan musuh sebandar mereka, Real Madrid yang sudah bersedia untuk hadapi perlawanan terakhir dalam saingan La Liga sebagai pendahulu.
Namun gol Suarez menyebabkan mereka bakal turun dalam aksi perlawanan terakhir liga, dengan ketinggalan dua mata di belakang Atletico Madrid.
Dengan Barca ketika ini sudah terlepas peluang untuk terus mencabar kejuaraan liga, perebutan mahkota kejuaraan La Liga ketika ini hanya tertumpu kepada Real dan Atletico.
And then there were two…
If Atlético beat Real Valladolid on the final day they will be crowned champions.
If Atleti draw and Real Madrid beat Villarreal, Zidane's side will finish first on head-to-head.
Incredible. 🍿
18+ | T&Cs | https://t.co/m4QCGwR2XS | #Ad
— Squawka Bet (@SquawkaBet) May 16, 2021
Atletico Madrid akan berkunjung ke Valladolid untuk aksi pada hujung minggu ini, sementara Real Madrid pula bakal berdepan dengan Villarreal.
Simeone, Suarez dan semua pemain Atletico sedar bahawa kemenangan sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan La Liga kepada Atletico Madrid.
Gol jaringan Suarez itu merupakan gol ke-20 Suarez sepanjang musim ini selepas beliau ditandatangani oleh Atletico dari Barcelona dengan nilai hanya €6 juta sahaja.
An 89th minute winner from Luis Suarez puts Atletico Madrid one win from the title! 🤯
Atletico Madrid 2-1 Osasuna
Athletic Club 0-1 Real Madrid
Barcelona 1-2 Celta Vigo pic.twitter.com/KxWDYE4gCb— Goal Asia (@Goal_Asia_) May 16, 2021
Penamat saingan La Liga musim ini tentunya akan berakhir dengan cukup dramatik, dengan Real perlu menang sambil mengharapkan Atletico Madrid keciciran mata untuk menjuarai saingan La Liga.
Sementara Atletico sendiri, mereka hanya perlu menang untuk menjuarai saingan La Liga tanpa perlu bergantung kepada keputusan perlawanan Real Madrid.