Suarez Meminta Atletico Menandatangani Seorang Lagi Pemain Midfield Bersamanya

Luis Suarez baru saja menyertai Atletico Madrid dan belum membuat sebarang penampilan untuk kelab, tetapi beliau sudah meminta sesuatu dari kelab untuknya.

Luis Suarez meminta kelab untuk menandatangani seorang lagi pemain untuk menyertai Atletico bersama-sama dengannya.

Pada hari Rabu lalu, Atletico Madrid dilaporkan bersetuju menandatangani Luis Suarez dari Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai £5.5 juta.

Pemain kebangsaan Uruguay itu melengkapkan perpindahan beliau sehari selepas itu, dan beliau dilihat terlalu sedih hingga menitiskan air mata ketika berpisah bersama bekas rakan sepasukannya.

Baru saja sertai kelab, beliau telah berasa begitu selesa dengan skuad kendalian Diego Simeone dan berharap agar pengurus kelab menyokong cadangan beliau supaya menandatangani seorang lagi pemain.

Menurut sumber laporan dari AS, Suarez meminta kelab untuk menandatangani pemain midfield Arsenal, Lucas Torreira yang mana rakan senegaranya itu sememangnya sudah berada dalam senarai dikehendaki oleh kelab.

Kelab dari Sepanyol tersebut mahu menandatangani pemain berusia 24 tahun itu sebagai pemain pinjaman dengan pilihan untuk pembelian tetap diakhir musim.

Namun masalahnya Arsenal tidak mahu melepaskan Torreira sebagai pemain pinjaman sebaliknya mereka mahu menjual terus pemain midfieldnya itu.

Skuad kendalian Mikel Arteta berminat untuk menggantikan pemain midfield mereka dengan Houssem Aouar dari Lyon dan Thomas Lartey dari Atletico.

The Gunners meletakkan tanda harga £21.8 juta untuk Torreira dan dilaporkan Fiorentina turut sangat berminat untuk menandatangani pemain Uruguay itu.

Ini bukanlah kali pertama kelab menandatangani Torreira setelah disyorkan oleh rakan senegaranya Suarez.

Bekas pemain Liverpool itu sebelum ini turut menyuarakan tentang perpindahan pemain midfield tersebut ke Emirates stadium.

Pada tahun 2018, pemain berusia 33 tahun itu bercakap kepada Raul Sanllehi yang ketika itu merupakan ‘head of Football’ Arsenal tentang kemungkinan untuk menandatangani pemain midfield itu.

“Luis Suarez seorang yang sangat membantu.”

Jelas Torreira tidak lama selepas beliau menyertai Arsenal..

“Dia bercakap kepada Raul yang mana beliau itu paling banyak berurusan dengan pemain Barcelona. Saya sangat berterima kasih kepada Luis dan beberapa waktu dahulu saya pernah mengirim pesanan kepada dia untuk mengucapkan terima kasih.”

Torreira menyertai Arsenal dari Sampdoria pada 2018 masih belum membuat sebarang penampilan untuk gunners pada musim ini dan telah meninggalkan skuadnya ketika perlawanan menentang Leicester City pada Rabu lalu.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Arteta menjelaskan mengapa pemain midfield itu tidak ada dalam perlawanan tersebut dengan menyatakan:

“Saya bukan individua yang membuat keputusam kerana pemain mungkin akan kekal dan pergi.”

“Saya cuma beri tumpuan kepada pemain yang setiap hari ada dan berada dalam kondisi terbaik untuk hadapi sesebuah perlawanan dan menang.”

Ketika ditanya adakah Torreira meninggalkan kelab, pengurus itu menjawab:

“Sekali lagi, saya tidak boleh membahaskan apa-apa berkait hal dalaman kelab.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.