Suarez Jaringkan Dua Gol Bantu Atletico Benam Granada 6-1

Atletico Madrid menjadi tuan rumah melayan kunjungan Granada untuk perlawanan ketiga saingan La Liga musim ini.

Diego Simeone menurunkan barisan pemain terbaiknya ditambah dengan kehadiran penandatanganan terbaru kelab, Luis Suarez.

Suarez minggu lalu secara rasminya telah menjadi pemain Atletico Madrid selepas dilepaskan oleh Barcelona dengan nilai £5.5 juta.

Atletico memulakan perlawanan dengan aksi serangan yang sungguh kemas dan teratur sehingga mereka berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-9 menerusi Diego Costa.

Costa menanduk kemas bola hantaran dari Angel Correa untuk meletakkan Atletico mendahului perlawanan 1-0.

Pada minit ke-16, Joao Felix telah dijatuhkan dalam kotak penalti dan Atletico dihadiahkan sepakan penalti.

Namun sayangnya, Saul Niguez gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti itu selepas penjaga gawang Granada cemerlang menyelamatkan cubaanya.

Pada minit ke-47, Angel Correa berjaya menjaringkan gol kedua untuk Atletico selepas menerima bola umpanan cantik dari Joao Felix.

Pada minit ke-65 pula giliran Joao Felix menjaringkan gol ketiga untuk Atletico selepas menerima bola hantaran dari Angel Correa.

Pada minit ke-70, Diego Someone telah memasukkan Luis Suarez dan mengeluarkan Diego Costa.

Suarez melakukan debutnya bersama Atletico dengan sungguh cemerlang apabila beliau berjaya mencatatkan assists selepas dua minit sahaja beraksi di atas padang.

Suarez mencatatkan assists untuk jaringan keempat Atletico yang telah dijaringkan oleh Marcos LIorente yang juga baru saja dimasukkan menggantikan Joao Felix.

Pada minit ke-85, Luis Suarez berjaya menjaringkan gol debutnya bersama Atletico selepas berjaya menanduk masuk bola hantaran dari LIorente.

Jorge Molina berjaya menjaringkan gol saguhati untuk Granada pada minit ke-87 perlawanan sebelum Luis Suarez sekali lagi menjaringkan gol kedua untuk debutnya dan gol keenam untuk Atletico.

Suarez cemerlang mencatatkan satu assists dan menjaringkan dua gol dalam perlawanan debutnya bersama Atletico Madrid.

Ternyata kehadiran Suarez begitu berkesan dan memberi impak yang positif untuk jentera serangan Atletico.

Selepas tamat perlawanan, Diego Costa telah ditanya tentang rakan sepasukannya yang baru itu dan beliau menjawab:

“Semuanya bagus, seorang menggigit seorang lagi memukul.”

“Saya tidak faham bagaimana Barca boleh melepaskan pemain seperti Suarez untuk pergi.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.