Luis Suarez dipercayai telah menghubungi Giorgio Chiellini untuk berdamai menjelang perpindahan penyerang Uruguay itu ke Juventus.
Suarez hampir pasti akan berhijrah ke Serie A selepas dimaklumkan oleh Ronald Koeman bahawa dirinya sudah tidak diperlukan di Nou Camp.
Perpindahan itu akan menjadikan Suarez pemain ke-14 yang pernah beraksi bersama Lionel Messo dan Cristiano Ronaldo.
Luis Suarez to Juventus would mean these two would be teammates 😳 pic.twitter.com/Cg9vi9wh9i
— ESPN FC (@ESPNFC) September 2, 2020
Tetapi ia juga bermakna beliau akan menjadi rakan sepasukan Chiellini, pemain yang beliau gigit secara kontroversi di Piala Dunia 2014.
Insiden luar biasa tersebut menyebabkan Suarez dijatuhkan hukuman gantung sembilan perlawanan, selain darpada larangan terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama 4 bulan yang kemudiannya dikurangkan.
Dan menjelang perpindahan ke Turin, Suarez dilaporkan telah menghubungi Chiellini untuk meminta maaf.
Luis Suarez is about to be Chiellini's teammate. Geez!!! 😂😂😂 pic.twitter.com/JOLsx1Wv4m
— BeksFCB (@Joshua_Ubeku) September 1, 2020
Melalui laporan La Gazzetta dello Sport, Suarez berkata: “Saya mengaku perbuatan saya salah, tetapi saya hanyalah seorang manusia. Setiap pemain ada gaya mereka tersendiri, karakter tersendiri, dan semua itu menjadikan siapa diri saya pada hari ini.”
Selepas insiden tersebut, Suarez menjangkakan perpindahan £75 juta beliau ke Barcelona akan musnah, dan turut tidak meraikan gol kemenangan Diego Godin kerana terlalu risau dengan apa yang akan berlaku selepas itu.