Suarez Didakwa Menipu Ketika Menjawab Ujian Di Itali

Luis Suarez didakwa telah menipu dalam ujian bahasa Itali yang beliau ambil untuk mendapatkan passport negara tersebut.

Menurut laporan sama juga, perkara itu kini sedang dalam penyiasatan pihak polis yang mencari kebenaran berkaitan dakwaan tersebut.

Penyerang Barcelona, Suarez telah diberitahu oleh pengurus baharu kelab, Ronald Koeman bahawa beliau sudah tidak lagi diperlukan di Nou Camp dan beliau juga disuruh untuk mencari kelab baru.

Beliau kini dilaporkan sudah hampir pasti untuk menyertai Atletico Madrid, namun sebelum membuat keputusan untuk menyertai pasukan seteru Barca itu, beliau mengintai peluang untuk beraksi dalam saingan Serie A.

Pemain kebangsaan Uruguay itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus dan beliau telah menduduki ujian bahasa Itali, yang mana ujian itu perlu untuk beliau mendapatkan passport negara tersebut.

Kini terdapat berita yang melaporkan bahawa bekas penyerang Liverpool itu telah menipu dalam ujian tersebut.

Media penerbitan Itali, Repubblica dan Ansa melaporkan bahawa terdapat keraguan dalam ujian tersebut dan Suarez didakwa menipu untuk lulus ujian tersebut.

Petikan kata rasmi dari Repubblica menyatakan:

“Dia langsung tidak pandai bertutur dalam bahasa Itali. Dia juga tidak faham penggunaan kata kerja, dia cuma bercakap melalui infinitif. Sekiranya wartawan bertanya soalan kepadanya, dia pasti terkantoi.”

“Dia menerima pendapatan €10 juta setahun, dia memang wajib untuk lulus ujian ini.”

Walaupun bintang berusia 33 tahun itu dijangka akan kekal di Sepanyol dan tidak jadi untuk berpindah ke Itali, dia masih bakal berdepan dengan masalah sekiranya tuduhan itu benar.

Pihak polis sudah mula menjalankan siasatan berkait dakwaan tersebut dan sedang mendapatkan dokumentasi dari University Of Perugia, tempat di mana Suarez mengambil ujian tersebut.

Kenyataan rasmi dari pendakwa Perugia telah menyatakan:

“Semasa penyiasatan sedang didelegasikan sejak Februari 2020 kepada unit polis bahagian ekonomi dan kewangan Guardia di Finanza dari Perugia, terdapat penyelewengan dalam ujian kelulusan bahasa Itali yang diambil pada 17 September lalu oleh pemain bola sepak Uruguay, Luis Alberto Suarez Diaz.”

“Hasil dari siasaran didapati topik ujian yang telah dipersetujui dengan calon dan markah relatif yang dikaitkan sebelum ujian oral dijalankan, juga didapati ketika sesi pembelajaran jarak jauh yang telah di adakan oleh pensyarah University dalam bahasa Itali.”

“Hari ini, pihak tentera Guardia di Finanza sudah menyerahkan segala dokumen dari pejabat University berkait informasi jaminan kesalahan mendedahkan rahsia pejabat serta ideology yang dipalsukan oleh orang awam.”

Sementara siasatan sedang berjalan, Luis Suarez dilaporkan sudah hampir pasti untuk menyertai Atletico Madrid dan Alvaro Morata pula dilaporkan bakal menjadi pemain Juventus.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.