Barcelona dilaporkan bakal mengutamakan Luis Suarez dan Ivan Rakitic untuk dijual pada jendela perpindahan musim panas ini.
Dari kebanyakkan pemain yang ada dalam skuad sekarang, Suarez dan Rakitic menjadi pilihan utama untuk dilepaskan oleh Barcelona.
Gergasi Catalan itu sangat terdesak untuk membina semula skuad sedia ada selepas kekalahan sungguh mengaibkan mereka kepada Bayern Munich awal bulan lalu.
#MARCA |
The departure of Rakitic and Suarez is now a priority in Barcelona. pic.twitter.com/3EezM9EBUe— Barça Worldwide (@BarcaWorldwide) August 22, 2020
Skuad kendalian Quique Setien dibelasah 8-2 oleh Bayern Munich diperingkat suku akhir saingan Liga Juara-juara dan kekalahan teruk itu menyebabkan mereka tersingkir dari saingan dengan penuh keaiban.
Pengurus pasukan, Quique Setien telah dipecat ekoran dari kekalahan itu dan Ronald Koeman telah dilantik menjadi pengurus Barcelona yang baru serta merta.
Menurut laporan dari Marca, Suarez dan Rakitic merupakan dua nama besar yang mungkin akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.
Kedua-dua pemain tersebut mula menyertai Barcelona pada tahun 2014 dan telah berjaya memenangi empat gelaran La Liga, empat kejuaraan Copa Del Rey dan berjaya menjulang Piala Liga Juara-juara sebanyak sekali.
Suarez pula merupakan pemain ketiga yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang zaman untuk kelab dengan menjaringkan 198 gol dan beliau juga salah seorang sahabat karib Lionel Messi.
The list of players who MUST leave is as follows :
Neto, Semedo, Roberto, Umtiti, Alba, Vidal, Rakitic, Rafinha, Coutinho, Suarez.
For various reasons, from not good enough in the first place, to toxic, to finished. pic.twitter.com/unOzYu7lwf
— Matthew-Yassine Bono Fanboy (@DemiTouche) August 22, 2020
Bintang Uruguay itu baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau mahu bercakap sendiri dengan presiden kelab, Josep Bartomeu untuk menyelesaikan kerumitan tentang masa depannya di Nou Camp.
“Terdapat bunyi-bunyi tentang beberapa nama yang sudah disenaraikan oleh presiden untuk pertukaran dan perubahan yang mahu beliau lakukan, tetapi tiada sesiapa yang beritahu saya bahawa mereka mahu melakukannya tanpa saya.”
Jelas Suarez kepada El Pais.
“Sekiranya ini cara kelab, adalah lebih baik sekiranya orang yang menguruskan segala hal tersebut bercakap terus dengan saya. Saya sudah berada disini selama hampir enam tahun. Sudah cukup untuk mengatakan apa yang mereka fikir. Lebih baik mereka berterus terang sahaja bahawa saya salah seorang pemain yang mereka mahu lepaskan.”
“Saya sendiri juga mahukan yang terbaik untuk kelab dan perancangan saya hari ini untuk kelangsungan hari-hari mendatang. Tetapi jika kelab rasa saya tidak sesuai, saya tiada masalah untuk bercakap dengan sesiapa yang membuat keputusan itu.”
📰 [MARCA🥈] | FC Barcelona have begun to filter names from the squad and they would like to do without Luis Suárez, Jordi Alba, Busquets, Arturo Vidal, Rakitic, Umtiti and even Piqué pic.twitter.com/7rfxZtNwvT
— BarçaTimes (@BarcaTimes) August 18, 2020
Fabrizio Romano turut melaporkan bahawa bintang berusia 33 tahun itu ada kemungkinan akan kembali ke bekas kelabnya, Ajax.
Sementara itu, Rakitic sendiri antara pemain yang kurang digunakan musim ini dan beliau tidak digunakan sebagai pemain gantian ketika dalam perlawanan suku akhir di Lisbon yang lalu.
Rakitic turut dimarahi oleh kepimpinan Barcelona ketika beliau meraikan kejayaan bekas kelabnya, Sevilla menjuarai Europa League jumaat lalu.
Beliau sangat teruja dan gembira melihat bekas majikannya menjulang Piala kejuaraan Europa keenam mereka dalam tempoh 14 tahun ini selepas kemenangan 3-2 menewaskan Inter Milan.
📰 (MARCA)
Barcelona are eager to sell Luis Suarez and Ivan Rakitic this summer.
Suarez has been linked with a return to Ajax and a potential move to MLS, while Rakitic has been tipped to rejoin Sevilla.#Transfers pic.twitter.com/WWS1DfYwRl
— Broken Football (@football_broken) August 23, 2020
Rakitic dilihat melompat ke dalam kolam renang semasa sesi temu bual ketika beliau meraikan kejayaan besar bekas kelabnya itu.
Mundo Deportivo mengatakan bahawa kelab merasakan tindakan Rakitic meraikan kejayaan Sevilla sangat tidak profesional memandangkan mereka baru sahaja tewas kepada Bayern Munich ketika itu.