Sting Lawan Terakhir Undertaker Sebelum Bersara?

Undertaker bakal beraksi untuk kali terakhir di gelanggang WWE selepas hampir 30 tahun. Beliau melakukan debut pada 1990 di XL Center, Hartford, Connecticut dalam Survivor Series.

Sejak daripada itu karakter Undertaker telah diolah dengan sebaiknya oleh WWE (dahulunya dikenali WWF). Beliau juga pernah bertarung dalam WCW.

Terlalu banyak kejayaan Undertaker dalam gelanggang gusti. Bagi mereka yang membesar era 90-an, pastinya Undertaker dekat di hati mereka.

Cepat sungguh masa berlalu, dan Undertaker kini sedang mempersiapkan diri untuk pertarungan terakhirnya ataupun 1 last fight.

Undertaker dengan imej gelap dan pengurus ikonik Paul Bearer bersamanya. Undertaker menjadi salah satu karakter paling popular dalam WWE dan digelar legenda.

Undertaker ataupun nama sebenarnya, Mark Calaway, sudah pun mengumumkan bahawa beliau akan bertarung dalam pertarungan terakhirnya.

Beliau sudah berusia 55 tahun pada tahun depan. Maka sudah masanya Undertaker menyatakan bahawa kariernya sudah menemui titik penamat.

Pihak WWE sudah menyediakan pertarungan terakhir Undertaker. Namun masih tidak didedahkan lawannya.

Namun pada Jumaat lalu, seorang lagi legenda iaitu Sting tampil dengan satu ‘teaser’ ke atas perlawanan terakhir Undertaker.

Adakah Sting menjadi lawan beliau pada pertarungan terakhir itu nanti? Buat masa ini, Seth Rollin antara nama yang dikatakan calon utama untuk menentang Undertaker.

Sting sebelum ini sudah mengumumkan persaraannya, namun dalam ucapan Hall Of Fame, Sting masih membuka pintu untuk 1 gusti yang terakhir.

Bagi peminat WWE, menentang Undertaker mungkin akan menjadi perlawanan yang terbaik untuk Sting.

Sting mendedahkan beliau sedang mempertimbangkan pertarungan terakhirnya sebagai salam perpisahan kepada peminat gusti.

Sting berkata: “Apa-apa boleh berlaku. Vince McMahon, Triple H dan… ‘Taker’ (Undertaker).”

Sting juga turut berkongsi cerita bahawa Undertaker beberapa tahun lalu pernah mencadangkan agar mereka melakukan 1 lagi pertarungan di gelanggang gusti. Ketika itu Sting sudah mengumumkan persaraannya.

“Dia berkata, Sting mungkin kita boleh buat benda ni, ayuh kita berlawan.”

“Beritahu orang kamu. Saya fikir, ok, mungkin saya boleh lakukannya dan anda semua tahu kan. Saya tak pasti saya menerimanya kerana maruah ataupun ego. Namun saya rasa saya boleh melakukannya.”

Jadi, pertarungan dengan Sting dan Undertaker mungkin boleh menjadi pertarungan terakhir untuk 2 ikon legenda gusti ini.

Tetapi, mungkin juga ramai yang tidak setuju kerana status kedua-duanya yang legenda.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.