Steve McClaren Anggap Bruno Terlalu Kecewa Di United Dan Ini Alasannya

Bekas pengurus pasukan Manchester United, Steve McClaren telah mendedahkan bahawa beliau melihat kekecewaan yang ketara ditunjukkan oleh Bruno Fernandes dalam beberapa minggu ini.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dilihat mengalami sedikit kesukaran dalam beberapa perlawanan awal pada musim ini.

Walau setan merah baru sahaja peroleh kemenangan yang luar biasa indah ketika menewaskan Paris Saint Germain  dalam saingan liga Juara-juara dan menang mudah menewaskan Newcastle pada awal bulan lalu.

Setan merah kini sekadar menduduki kedudukan ke-15 dalam saingan liga ekoran dari kekalahan mereka kepada Tottenham Hotspur dan Crystal Palace.

Mereka juga seharusnya mengekalkan rentak hebat menewaskan PSG ketika berdepan Chelsea kemarin, namun skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu hanya menamatkan perlawanan dengan keputusan terikat tanpa jaringan.

Steve McClaren telah menyuarakan kerisauannya terhadap Fernandes secara lebih terperinci dengan menyatakan:

“Saya kerap perhatikan Bruno Fernandes dan dia dilihat sangat kecewa.”

Jelas McLaren kepada talkSPORT.

“Dia sangat kecewa kerana dia telah ditarik dari tengah dan dialihkan untuk lebih bermain di sebelah kanan.”

“Saya melihatnya tempoh hari ketika mereka bertemu Newcastle, ketika dia keluar dari tepi, dan saya melihatnya lagi sekarang. Gerak gerinya jelas dia tidak selesa, jiwanya tiada di sini.”

“Dia perlu berada dalam permainan dan ketika bermain di sebelah kanan, dia tidak bergerak dari sana, dia sepatutnya mulakan gerakan dari sana, dia seharusnya kembali bangkit dan kembalikan jiwanya dalam permainan dan memberi impak kepada perlawanan.”

“Ketika ini saya lihat dia cuma tidak selesa berada di sebelah kanan dan dalam perlawanan bertemu Chelsea dia benar-benar memudahkan tugas Ben Chilwell.”

Pada awal Oktober lalu, Fernandes telah dikeluarkan oleh pengurus pada rehat babak pertama perlawanan dan United dibelasah 6-1 oleh Tottenham Hotspur ketika itu.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa Bruno Fernandes telah dikeluarkan kerana beliau memarahi rakan sepasukannya ketika itu dan mengkritik taktikal pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain midfield Portugal yang sedang berada dalam tahap persembahan terbaiknya itu kemudian telah menafikan bahawa beliau dikeluarkan kerana ada masalah dengan Solskjaer.

Bekas bintang Sporting CP itu juga telah dikaitkan dengan perpindahan mengejut yang mana beliau dikatakan akan meninggalkan Old Trafford dan ada kelab lain yang sedang memantaunya kini.

Real Madrid dan Barcelona antara dua kelab yang dikatakan telah menunjukkan minat untuk menandatangani pemain midfield itu.

McClaren diakhir perbualannya turut mendedahkan bahawa, Bruno mungkin dilihat kecewa dan berasa tidak selesa kerana tertekan dengan aksi atas padang United sekarang dan kedudukan mereka yang terlalu bawah dalam carta saingan liga.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.