Bekas pemain Livepool telah mengutuk pasukan Liverpool. Raheem Sterling merupakan pemain kebangsaan England yang sebelum ini pernah mencakar mata Joe Gomez, mungkin tanda awal beliau sangat marah dengan Liverpool.
Terbaru, bintang City itu tidak berpuas hati kerana para pemain Manchester City ditindas dan tidak dilayan seadilnya berbanding dengan Liverpool.
PFA pilih kasih
Malah Sterling menuduh semua pihak tidak memberikan penghormatan yang selayaknya kepada Man City seperti mana yang mereka berikan kepada Liverpool. Amboi, dah langgar FFP pun masih nak orang hormat selayaknya ke?
Sterling menegaskan, sudah berapa musim Manchester City juara liga, namun tiada pemain City yang menang Anugerah Pemain Terbaik PFA.
Sterling mengambil contoh pada musim lepas. Sterling tanpa segan silu menyatakan mereka menang 4 piala domestik termasuk perisai komuniti. Mujur Paul Scholes tak tayang medal badmintonnya kepada Sterling kerana berkata begitu.
🗣️ Raheem Sterling:
"Everyone can see it. It is impossible that we win the league four or five times without the POTY. This year Liverpool will win and surely the Player of the Year winner will be one of their players. We are not treated with the same respect.”
[via @diarioas] pic.twitter.com/4AY2zLe1pQ
— Man City Xtra (@City_Xtra) February 21, 2020
“Terutamanya pada musim lalu, kami telah berjaya memenangi empat piala domestik. Malangnya tidak seorang pun daripada kami yang memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA.”
“Apa yang berlaku, anugerah itu sebaliknya diberikan kepada pemain Liverpool (Van Dijk).”
Sterling mengakui Virgil Van Dijk memang cemerlang, tetapi beliau kemudian menelusuri sejarah sebelum ini dengan berkata:
“Cuba tengok juga kepada beberapa musim sebelum itu. Yaya Toure, berjaya menjaringkan 20 gol dari bahagian tengah. Namun beliau tetap gagal memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA.”
🗣️ @sterling7 on #ManCity players missing out on the PFA POTY:
“When Touré scored 20 goals, or Agüero, who has been here since 2011, scores incredible goals and has never won it.
These players are not treated the same as those of other teams in England and across the world…” pic.twitter.com/nLpdFbedIw
— Man City Xtra (@City_Xtra) February 21, 2020
Sterling juga tak faham, bagaimana Sergio Aguero yang sudah 7 tahun di England dan menjaringkan banyak gol luar biasa, juga tak pernah memenanginya.
“Begitu juga Sergio Aguero, pemain yang sudah bermain di sini lebih tujuh tahun. Beliau juga sudah menjaringkan banyak gol yang menakjubkan sepanjang karier beliau di sini. Namun masih gagal memenanginya.”
“Masih tiada pemain Man City memenanginya.”
“Agak mustahil untuk sebuah kelab yang memenangi empat kejuaraan liga, tetapi tak seorang pun daripada kami yang menang anugerah tersebut.”
“Musim ini Liverpool akan menjuarai liga. Sudah pastinya pemain mereka yang akan menang Pemain Terbaik Tahunan PFA.”
Raheem Sterling on City players missing out on the PFA POTY:
"So, this year Liverpool win the league and a Liverpool player will win the Player of the Year for sure. We win the league for five times and we were not treated with the same respect." pic.twitter.com/6ih8omGIpY
— SportsObama.com (@SportsObama) February 21, 2020
“Kami memenangi Liga sebanyak empat kali. Malangnya pasukan kami tidak dilayan dan dihormati sama seperti yang diberikan kepada Liverpool.”
Kante pun kena
Tidak cukup dengan membawang pemain Liverpool dalam keadaan ketap bibir, Sterling turut mengheret nama pemain paling humble di dalam agenda peribadinya iaitu N’golo Kante.
“Saya masih ingat, ketika tahun pertama kami menang liga bersama Pep Guardiola. Ketika itu Kevin De Bruyne sangat luar biasa. Apa yang malangnya, pemain lain (Kante) yang dapat anugerah.”
“Setiap tahun yang kami menang piala utama, masih juga mereka memberikan anugerah pemain terbaik tahunan kepada pemain daripada pasukan lain.”
“Perkara ini di luar kawalan kami. Namun kami akan terus berusaha.”
Sterling sebenarnya mungkin tak faham mekanisme pemilihan pemain terbaik PFA yang ditentukan oleh undian di kalangan mereka pemain profesional yang berdaftar dengan PFA.
Namun begitu, musim ini Sterling dilihat salah seorang pilihan yang bakal memenangi anugerah itu selepas ditewaskan oleh Jordan Henderson sebagai pemain England terbaik musim ini.