Statistik Rekod Jaringan Rasmi Pele Sebenarnya Lebih Hebat Berbanding Ronaldo Dan Messi

Terdapat satu pendedahan mengejutkan yang mendakwa bahawa rekod jaringan rasmi Pele adalah lebih baik berbanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini rekod dunia yang dipegang oleh Pele dengan menjaringkan 1279 gol sepanjang kariernya, telah dikecam oleh ramai pihak kerana catatan tersebut termasuk dengan segala jenis perlawanan persahabatan dan perlawanan siri jelajah.

Tetapi, sekiranya tidak diambil kira jaringannya ketika siri jelajah dan perlawanan persahabatan, rekod jaringan Pele sebenarnya masih luar biasa.

Beliau telah mencatatkan 757 jaringan secara rasmi untuk kelab dan negara, yang mana secara puratanya 0.93 gol setiap perlawanan.

Untuk Cristiano Ronaldo pula telah mencatatkan rekod 742 jaringan sepanjang kariernya dengan kadar puratanya 0.73 gol setiap perlawanan.

Sementara Lionel Messi pula, beliau telah mencatatkan rekod 707 jaringan sepanjang kariernya dengan kadar puratanya 0.81 gol setiap perlawanan.

Jadi Pele yang baru sahaja mencapai usia 80 tahun semalam mempunyai catatan rekod yang hebat berbanding kedua-dua pemain terhebat dunia itu.

Sesetengah pihak mungkin tercari-cari alasan untuk menganggap legenda Brazil itu sebagai “sang legenda palsu”, atas alasan kualiti pasukan lawan ketika zamannya dahulu, namun secara logiknya ianya tidak benar.

Rekod jaringan antarabangsa Pele adalah 77 gol dari 92 perlawanan, dan catatan tersebut jelas membuktikan mengapa beliau dianggap legenda terhebat sepanjang zaman.

Namun ramai juga yang memperdebatkan rekod jaringan beliau sebanyak 643 gol untuk Santos, dan rekod kesetiaan beliau bersama satu kelab saja sebagai alasan untuk tidak mengakui kehebatan legenda itu.

Saingan bola sepak Eropah kini dilihat lebih dominan dan peminat bola sepak masa kini mungkin berfikir menjaringkan gol untuk Santos adalah satu hal yang mudah berbanding menjaringkan gol untuk Barcelona atau Real Madrid seperti yang dilakukan oleh Ronaldo dan Messi.

Namun, harus diingat ketika zaman kegemilangan Pele, jarang sekali adanya bakat-bakat dari Amerika Selatan yang beraksi di pentas Eropah.

Tidak ada seorang pon rakan sepasukan Pele dari Brazil yang memenangi tiga kali gelaran Piala dunia pada edisi 1958, 1963 dan ,1970 yang beraksi di pentas Eropah.

Jadi secara logiknya, bayangkan saja seandainya pemain di era moden seperti Ronaldinho, Neymar, Rivaldo, Dani Alves, Kaka, Cafu, Ronaldo Nazario dan lain-lain hanya beraksi di saingan liga Brazil dan tidak berkelana ke pentas Eropah, begitu lah saingan yang Pele hadapi ketika itu.

Itu lah hal yang membuatkan rekod jaringan Pele lebih menarik dan mengagumkan begitu juga dengan jaringannya ketika bertemu pasukan elite Eropah pada ketika itu.

Ketika Santos bertemu Juara European Cup pada tahun 1962 dan 1963 untuk penentuan pemenang kelab terhebat dunia, mereka menewaskan Benfica 8-5 dari dua perlawanan dan menewaskan AC Milan 7-6 dari tiga perlawanan.

Dan ketika itu Pele telah berjaya menjaringkan sembilan gol dari kesemua lima perlawanan ketika itu.

Namun tidak dinafikan Messi dan Ronaldo juga merupakan bakat terhebat dunia dan pencapaian mereka juga sungguh luar biasa.

Ronaldo cuma memerlukan 18 gol sahaja lagi untuk memecahkan catatan rekod jaringan terbanyak dalam karier milik Pele.

Sementara Lionel Messi pula semakin hampir untuk memecahkan rekod kesetiaan Pele bersama satu kelab sahaja bersama Barcelona kini.

Terdapat juga perdebatan yang menyatakan bahawa rekod jaringan Pele ketika dalam perlawanan persahabatan dan siri jelajah sebenarnya turut harus diambil kira, hal tersebut kerana kesemua perlawanan itu merupakan perlawanan sebenar ketika itu.

Tambahan pula ketika zaman itu, Santos membuat siri jelajah ke Eropah dengan bertemu kelab yang menurunkan barisan bintang mereka dan perlawanan tersebut juga disaksikan oleh ramai peminat.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.