Statistik Membuktikan Dean Henderson Lebih Bagus Berbanding De Gea

Statistik telah membuktikan bahawa penjaga gol pinjaman Sheffield United, Dean Henderson mempamerkan prestasi lebih bagus berbanding David De Gea di Premier League musim ini.

Dean Bradley Henderson memulakan karier awal bersama Carlisle United, selepas enam tahun pada 2011, Henderson menyertai akademi Manchester United pada usia 13 tahun.

Pada bulan Ogos 2015, Henderson telah menandatangan kontrak profesional bersama Setan merah dan sejak itu Henderson dipinjamkan ke kelab lain untuk mencari pengalaman.

2016 – Stockport County (Pinjaman)
2016/2017 – Grimsby Town (Pinjaman)
2017/2018 – Shrewsbury Town (Pinjaman)
2018/2019 – Sheffield United (Pinjaman)
2019 – Sheffield United (Pinjaman)

Penjaga gol Manchester United yang dipinjamkan itu kini telah menjadi nadi utama pasukan Sheffield United dan membantu the Blades untuk menduduki tangga keenam Premier League.

Sheffield United kini hanya dua mata dibelakang Chelsea yang berada di tempat keempat yang merupakan tiket ke Champions League.

Dengan kualiti yang ada pada Sheffield United kini, mereka layak untuk beraksi di Eropah musim hadapan.

Henderson telah mempamerkan aksi cemerlang dan membuka mata ramai sejak perlawanan pertama musim baru bermula.

Sudah ada ura-ura untuk pemain Inggeris ini kembali ke Old Trafford dan merebut tempat pada musim hadapan. Kuat semangat kebangsaan.

Agak sukar untuk Henderson merebut tempat sebagai gol utama atau kedua daripada David De Gea dan Sergio Romero.

Jika dibandingkan secara statistik, Henderson lebih cemerlang berbanding De Gea di Premier League musim ini apatah lagi Romero yang tidak beraksi langsung.

Clean sheets(Cadar bersih)

Henderson: 9
Dean David De Gea: 5
Sergio Romero: 0

Saves(Penjimatan)

Dean Henderson: 65
David De Gea: 65
Sergio Romero: 0

Save percentage(Peratusan Penjimatan)

Dean Henderson: 75%
David De Gea: 69.15%
Sergio Romero: 0%

Catches(Tangkapan)

Dean Henderson: 12
David De Gea: 3
Sergio Romero: 0

Keeper sweepings(Penjaga sampah)

Dean Henderson: 15
David De Gea: 3
Sergio Romero: 0

Bolos

Dean Henderson: 24
David De Gea: 29
Sergio Romero: 0

Henderson mendominasi hampir semua kategori dan mereka berdua adalah setara dalam membuat saves atau penjimatan.

https://twitter.com/BrunoEra18/status/1224670244188446720

Dari segi bolos jauh Romero meninggalkan Henderson dan De Gea kerana tidak pernah bolos disebabkan tidak pernah beraksi di Premier League.

Kecemerlangan Henderson ini patut dipuji menggunung kerana di hadapan beliau dalam setiap perlawanan tiada pemain pertahanan termahal dunia.

Ramai kelab handalan dunia kini sedang memerhati namun Henderson masih berharap untuk beraksi di Old Trafford.

“Impian terbesar adalah bermain untuk Manchester United, suatu hari nanti.”

“Aku selalu berangan sepanjang hidup aku selagi aku tidak berjaya memenuhi impian ini aku tak akan berjaya.”

“Jika aku bermain satu perlawanan untuk mereka impian aku tak dikira tercapai.”

“Aku perlu bermain 500 kali, 300 kali tak kira berapa jumlahnya bila dipenghujung karier aku boleh berkata ‘aku dah berjaya capai apa aku impikan’.”

Jelas bahawa Henderson menyasarkan untuk memenuhi impiannya dengan menjadi penjaga utama Setan Merah kerana beliau tidak mahu bermain untuk satu perlawanan sahaja.

Jika prestasi cemerlang ini diteruskan Henderson dan dipilih untuk mewakili England di EURO dan mempamerkan aksi yang padu jika dipilih selaku penjaga gol utama, maka kedudukan De Gea dalam bahaya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.