Kostas Tsimikas kini sah menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool. Mungkin ramai di kalangan peminat EPL sendiri termasuk penyokong Liverpool tidak mengenali Tsimikas pun sebelum ini.
Apatah lagi untuk meyakinkan mereka bahawa Tsimiskas adalah pemain yang sesuai. Jadi apakah perkara yang meyakinkan Liverpool untuk membawa masuk pemain berusia 24 tahun ini?
Pencarian Liverpool
Selama ini Liverpool sememangnya mencari seorang pemain di posisi bek kiri sebagai back-up kepada Andy Robertson. Kapten Scotland itu adalah satu-satunya pemain senior di posisi itu di dalam skuad utama Liverpool.
Posisi bek kiri bukan masalah baru di Liverpool, walaupun sebelum ketibaan Robertson.
Dan seperti yang kita tahu, pemantau bakat dan pakar analisis di Anfield akan membuat pencarian secara meluas untuk mendapatkan pemain yang sesuai dengan corak permainan Jurgen Klopp.
"For all my family and for my brother, we are very happy for this." 💫
Watch Kostas' first interview as a Red 🔴
— Liverpool FC (Premier League Champions 🏆) (@LFC) August 10, 2020
Bek kiri Norwich, Jamal Lewis adalah calon utama Liverpool. Namun The Cannaries tidak akan melepaskan pemain itu dengan harga murah.
Yuran perpindahan tidak kurang £20 juta telah dipinta, dan jumlah tersebut adalah di luar jangkauan Liverpool yang tidak sanggup berbelanja mewah – mengambil kira situasi kewangan semasa.
Dan pada yang sama, team scouting Liverpool juga telah memantau pemain antarabangsa Greece, Tsimikas selama tiga tahun lamanya.
Pemain berusia 24 tahun ini mempunyai beberapa persamaan dengan Robertson, dengan kelajuan dan karakter Robertson adalah tambahan kepada kesungguhan dan kreativiti di bahagian serangan sebagai kualiti yang beliau miliki.
Statistik Tsimikas
Penulis dan penganalisis bola sepak UK, Tom Worville telah menganalisis output Kostas Tsimikas secara menyeluruh.
Apa yang didapati ialah keberanian pemain ini untuk tampil membantu bahagian serangan sebagai bek sayap menjadi kunci utama mengapa beliau layak menjadi anggota skuad Juegen Klopp.
Kelajuan dan kepantasan adalah dua kelebihan Kostas Tsimikas, selain daripada visi untuk menyerang. Statistik Tsimikas ketika membawa dan menggelecek bola pula lebih tinggi daripada apa yang dimiliki Robertson (97 vs 61).
Sampel kepada segala attributes pada 2019/20 ini lebih kecil sebanyak 783 minit berbanding dengan Robertson.
Liverpool are in talks to sign Olympiakos left-back Konstantinos Tsimikas for €13m. @JamesPearceLFC and @Worville highlighted Tsimikas as a suitable back-up for Andy Robertson a month ago https://t.co/JAFc8nYdoz pic.twitter.com/k7IBYd5mED
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) August 9, 2020
Tsimikas turut menjaringkan 7 gol dari 46 penampilan dalam semua pertandingan pada musim lalu, dan kerap kali melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti.
Kemungkinan serangan berpusat dari Tsimikas menghasilkan jaringan (xG) hampir sama dengan apa yang dihasilkan Robertson (88 vs 93).
Tsimikas juga dikenali sebagai seorang pemain yang keras dalam melakukan hadangan. Malah kekerapan melakukan tackling adalah lebih kerap dari apa yang dilakukan oleh Robertson pada musim ini (88 vs 54).
Trent Alexander & Andy Robertson stats in PL 2018/19-2019/20:
Trent Alexander:
🏟 56 Appearances
⚽️ 3 Goals
🎯 24 AssistsAndy Robertson:
🏟 63 Appearances
⚽️ 1 Goals
🎯 18 AssistsYour fullbacks could never. pic.twitter.com/PchVArP9L3
— Magical Mo (@MagicalMo_) February 24, 2020
Ball recoveries dan pintasan pula Tsimikas hampir sama dengan Robertson (83 vs 90).
Antara perkara yang perlu diperbaiki oleh Tsimikas jika mahu beraksi lama dengan Liverpool adalah keupayaan mengekalkan penguasaan bola. Berdasarkan analisis di atas, Tsimikas melakukan bacaan 35 berbanding 67 yang dimiliki Robertson.
Kemampuan mengekalkan penguasaan bola adalah aspek penting dalam corak permainan The Reds yang aktif menggunakan pemain full back dalam rangka permainan.
Mampukah Tsimikas?
Pada usia 24 tahun, masih ada banyak ruang dan masa untuk pemain ini mengembangkan kemampuan dan potensi. Di bawah kendalian Jurgen Klopp ia bukan mustahil untuk Tsimiskas menjadi versi pemain yang lebih baik pada masa akan datang.
Dalam melakukan pencarian seorang bek kiri, Tsimikas adalah pemain yang dianggap berbaloi untuk Liverpool.
*senses a coming storm*
*leans down to touch the Earth*
Kostas Tsimikas? pic.twitter.com/oUiagdnG85
— StatsBomb (@StatsBomb) August 10, 2020
Secara keseluruha, Tsimikas telah beraksi 130 kali sebagai pemain utama di posisi tersebut, dan kemampuan memberikan ancaman dari sebelah kiri tanpa kehadiran Robertson adalah satu lagi nilai tambah dalam cabaran Liverpool pada musim akan datang.
Buat masa sekarang Robertson dilihat sebagai calon utama bek kiri Liverpool. Namun satu perkara yang pasti, kehadiran Tsimikas akan memberi ruang persaingan kepada kedua-dua pemain untuk tampil lebih mantap