Statistik Kadar Jaringan Erling Haaland Yang Menggerunkan

Erling Haaland,memiliki catatan gol yang mengkagumkan di Bundesliga musim ini dengan kadar 1 gol untuk setiap 60 minit perlawanan.

Haaland menunjukkan dirinya tetap tampil tajam meski pun sudah berhijrah ke Bundesliga daripada Liga Austria pada Januari lalu.

Menurut data transfermarkt, Haaland sudah mencetak 10 gol dalam sembilan perlawanan Bundesliga bersama Borussia Dortmund.

Analisis minit perlawanan

Apabila rujukan terhadap minit perlawanan Haaland dilakukan setakat ini, pemain yang berasal dari Norway itu didapati telah beraksi selama 602 minit di Bundesliga.

Ini memberikan purata satu gol untuk setiap 60 minit aksi Haaland di atas padang.

Haaland berjaya mencuri tumpuan kelab-kelab gergasi eropah sejak di RB Salzburg lagi.

Prestasi beliau di pertandingan Champions League bersama kelab Austria itu pantas menjadikan beliau prospek pemain muda terbesar di Eropah.

Haaland telah mencetak 10 gol di Champions League musim ini bersama Salzburg dan Dortmund dan memiliki purata satu gol untuk setiap 55 minit aksi.

Di Liga Austria pula, Haaland mencetak 16 gol dan memiliki purata satu gol untuk setiap 61 minit perlawanan.

Tetap curi tumpuan

Haaland sebelum ini pernah dikatakan mencuri minat Manchesyer United dan Juventus. Namun pemain muda ini akhirnya memilih untuk ke Borussia Dortmund – walaupun mempunyai hubungan baik dengan Ole Gunnar Solksjaer.

Kontrak Haaland bersama Dortmund hanya akan berakhir pada 2024. Namun prestasi semasa pemain remaja ini menyebabkan nama beliau tidak pernah lekang dikaitkan dengan kelab-kelab besar Eropah yang lain, terutama Real Madrid.

Mampukah Dortmund mengekalkan pemain bintang mereka ini?

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.