Statistik Gila Fernandes Bukti Beliau Pemain Terhebat Dunia Ketika Ini

Bruno Fernandes telah membuktikan bahawa beliau merupakan pemain terbaik dalam saingan premier league musim ini selepas mempamerkan aksi luar biasa menakjubkan bersama Manchester United.

Beliau bukan hanya mempamerkan kecemerlangannya dalam aksi saingan domestik sahaja, Bruno bahkan turut beraksi cemerlang ketika di pentas saingan Eropah.

Satu demi satu rekod berjaya beliau pecahkan dan tidak diragui lagi, Bruno Fernandes kini merupakan pemain midfield terbaik dalam dunia bola sepak.

Pemain kebangsaan Portugal itu berjaya menjaringkan gol ke-15 beliau dari 25 pertandingan bersama Manchester United, seterusnya memecahkan rekod terbaik yang dipegang oleh Paul Scoles sekitar 19 tahun yang lalu.

Pencapaian terbaik Scholes dalam aksi saingan liga adalah pada musim 2002/03 selepas beliau berjaya menjaringkan 14 gol dari 33 penampilan.

Bruno Fernandes turut mencipta sejarah tersendiri selepas menjaringkan gol dan mencatatkan assists dalam perlawanan yang sama sebanyak tujuh kali musim ini, dan ia merupakan statistik terbaik dari kalangan semua pemain di benua Eropah.

Bekas pemain Sporting itu telah terlibat dalam 40 jaringan untuk Manchester United dalam aksi saingan liga dengan menjaringkan 23 gol serta mencatat 17 assists dari 39 penampilannya.

Beliau kini hanya kekurangan dua gol sahaja lagi untuk mencabar Mo Salah yang kini sedang mendahului senarai penjaring terbanyak liga.

Selain berada di kedudukan kedua dalam senarai penjaring terbanyak liga, Fernandes turut merupakan pemain kedua yang paling banyak mencipta assists sepanjang musim ini.

Lebih menarik lagi, sebagai pemain midfield, Fernandes telah merekodkan jumlah jaringan yang sama banyak dengan Carlos Tevez dalam 40 penampilannya bersama kelab.

Selepas merekodkan 14 gol dan 10 assists, Fernandes kini merupakan pemain ketiga dari lima liga utama Eropah yang berjaya mencapai dua angka untuk kedua-dua statistik tersebut bersama Kane (13 G 11 A) dan Thomas Muller (10 G 10 A).

Satu gol dan satu assists dari beliau berjaya membantu Manchester United menewaskan Newcastle di Old Trafford awal pagi tadi.

Marcus Rashford membuka tirai jaringan untuk setan merah selepas membuat gerakkan solo yang mantap sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Karl Darlow.

Newcastle kemudian berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan cantik dari Allan Saint Maximin sebelum Daniel James meledak gol kedua untuk United pada minit ke-57 permainan.

Fernandes melengkapkan kemenangan bergaya United selepas menyempurnakan sepakan penalti yang dimenangi oleh Rashford pada minit ke-74 permainan.

Kemenangan ini memberikan United tiga mata penuh seterusnya membawa mereka kembali ke kedudukan kedua dalam saingan liga.

Setan merah kini berada 10 mata di belakang pendahulu saingan liga, Manchester City dan dengan baki perlawanan yang masih banyak, tiada yang mustahil untuk mereka capai.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.