Stanislav Kowalski Atlet 100 Meter Paling Tua Bertanding Pada Usia 105 Tahun!

Leo Maestro 3 minggu yang lalu

Apa perancangan anda selepas usia 100 tahun? Mungkin ramai yang hanya menunggu masa menemui sang pencipta. Itupun hanya sedikit sahaja yang akan mencecah usia itu.

Pada usia sudah 50 tahun pun ramai kita terfikir untuk lebih banyak berehat apatah lagi mahu berlari di balapan.

Tetapi tidak untuk Stanislav Kowalski yang merancang untuk terus aktif dalam acara balapan terutama sekali 100 meter.

Beliau menyertai kejohanan Master Eropah pada usia 105 tahun. Sebelum menyertai acara tersebut yang berlangsung pada Jun lalu, Kowalski menyertai acara yang berlangsung di Poland terlebih dahulu.

Beliau masih lagi boleh berlari seperti atlet yang lain pada usia 104 tahun ketika menyertai acara larian tersebut di Poland. Kejohanan untuk pelari yang berusia sekitar 100 tahun.

Kowalski lahir pada tahun 1910,  dan beliau menamatkan larian 100 meter pada masa 32.79 saat.  Ia memecahkan catatan terbaik beliau selepas berusia 90 tahun.

Sebelum ini, Kowalski menamatkan 100 meter dengan catatan 34 saat ketika berusia 96 tahun. Larian beliau di Stadium Wroclaw pada 2014 menjadikan beliau sebagai pelari paling tua menamatkan acara 100 meter.

Wartawan kagum dengan kesihatan dan kecergasan beliau. Wartawan bertanyakan beliau tips-tips kesihatan. Kowalski menjawab:

“Saya seorang yang tidak memerlukan doktor untuk memberikan nasihat penjagaan kesihatan. Saya hanya ke sana apabila sakit. Saya menjaga sendiri badan saya supaya ia kekal sihat.”

“Apabila saya sihat, saya boleh melakukan apa sahaja yang saya inginkan. Saya tiada tips sangat untuk itu. Saya cuma elakkan diri daripada terlebih makan dan elakkan makan pada malam hari.”

“Saya tetap minum (akohol) tetapi bukannya setiap hari.”

Pada usia muda, Kowalski banyak menghabiskan masa lapag beliau dengan aktiviti berjalan, berbasikan dan berjoging.

Seorang lagi pemegang rekod adalah Fauja Singh. Singh menjadi pelari acara marathon paling tua dalam sejarah.

Untuk Fauja Singh, beliau seorang yang mengamalkan cara hidup vegetarian dengan mengelakkan alkhohol dan tidak pernah merokok. Fauja Singh juga memberitahu beliau banyak makan kari, minum teh dan sentiasa bersenam.

Bebalik kepada kisah Kowalski. Pada tahun 2015, beliau menyertai acara larian untuk pelari veteran di Master Eropah. Beliau berusia 105 tahun.

Kowalski gagal memecahkan rekod beliau di Poland. Beliau menamatkan larian 100 meter dengan catatan masa 34.5 saat.

Walaupun sebelum ini beliau tidak menang, beliau sebenarnya sudah banyak memenangi ‘medal’ untuk hidup beliau sendiri.

Namun pada kali ini, kejohanan Master Eropah mewujudkan acara M105 khas untuk Kowalski. Jadi beliau satu-satunya peserta. Beliau menjadi pemenang emas dan menjadi pelumba yang berada di tangga terakhir. Semua rekod milik beliau.

Di bawah ini, beliau dilepaskan dengan peserta daripada kategori lain. Lihatlah aksi larian beliau yang masih bertenaga.

Menjadi pelumba pertama dalam acara tersebut di Master Eropah. Menjadi peserta pertama menamatkan acara 100 meter dalam acara tersebut dan sebagainya. Beliau menyatakan yang beliau akan terus berlari selagi beliau mampu melakukannya.


SHARE ()