Seorang lelaki daripada India bernama Srinivasa Gowda bersama dua ekor kerbau telah menggemperkan dunia sukan apabila memecahkan rekod dunia 100 meter milik lagenda pecut dunia, Usain Bolt.
Usain Bolt adalah atlet yang berasal dari Jamaica. Pelari pecut yang mencetuskan fenomena kerana telah memecahkan rekod dunia 100 meter yang dianggap mustahil untuk seseorang manusia lakukan.
Pelari Jamaica ini telah berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 9.57 saat sekaligus mencipta rekod dunia dalam acara 100 meter.
Srinivasa Gowda from Karnataka created world record By beating ussain bolt in 💯 Meter race
He completed the race 100 meters in 9.55 sec hatsoff #SrinivasaGowda
Take a bow pic.twitter.com/FWDVZIvxg3
— 🔥 Naresh Nani 🔥 (@naniTarak123) February 16, 2020
Srinivasa Gowda yang telah menyertai acara larian bersama dua ekor kerbau di dalam air berlumpur sejauh 145 meter di Aikala village India.
Acara larian bersama kerbau di atas air berlumpur ini dikenali sebagai Kambala.
Pelari dari Karnataka itu telah menamatkan acara sejauh 145 meter itu dengan catatan masa 13.62 saat.
#WATCH – Srinivasa Gowda from Karnataka ran 100m in 9.55 seconds at a "Kambala" (buffalo race). He was faster than Usain Bolt who took 9.58 seconds to create a world record. pic.twitter.com/rrbf3lxnpn
— News18 (@CNNnews18) February 14, 2020
Ketika melepasi jarak 100 meter, Srinivasa Gowda dikatakan telah mencatatkan masa 9.55 saat dengan kelebihan 0.03 saat lebih pantas berbanding Bolt.
Ramai rakyat India kini percaya bahawa Srinivasa Gowda telah memecahkan rekod dunia yang dipegang oleh Usain Bolt.
Sama macam segelintir mereka percaya filem Parasite telah diceduk daripada filem mereka mungkin?
Kambala jockey Srinivasa Gowda took just 13.62 seconds to cover the distance, breaking the earlier record dating back to the early 1990s. https://t.co/ZHQPLSygJI
— The New Indian Express (@NewIndianXpress) February 14, 2020
Setakat ini Srinivasa Gowda telah memenangi 29 hadian daripada 12 perlumbaan Kambala yang beliau sertai dalam musim ini.
Srinivasa Gowda telah mencipta rekod dengan memenangi semua hadiah dalam empat kategori dalam perlumbaan di Aikala Village.
Ramai pengguna bagaimanapun agak ragu terhadap prestasinya, memandangkan piawaian Olimpik yang tinggi dan bantuan yang diterima daripada kerbau.
Just one look at his physique & you know this man is capable of extraordinary athletic feats. Now either @KirenRijiju provides him training as a 100m sprinter or we get Kambala to become an Olympic event. Either way, we want a gold medal for Srinivasa! 😊 https://t.co/H3SBiOVSKr
— anand mahindra (@anandmahindra) February 15, 2020
Ketika perlumbaan Gowda telah ditarik oleh bantuan kerbau dan beliau beraut pada tali. Di sukan Olimpik dan dalam acara trek kesemua itu tidak wujud.
Kelajuan angin yang laju melebihi had dibenarkan juga menyebabkan catatan masa tidak diiktiraf secara rasmi.
Seterusnya trek di Olimpik adalah berbeza. Ianya keras dan bukannya berlumpur.
Malah Gowda sendiri mengakui dia hanya mengikut kerbau tersebut.
“Saya tidak fikir saya boleh berlari sepantas ini. Kerbau itu yang cepat dan saya mengikutinya.”
Yes @PMuralidharRao ji. Officials from SAI have contacted him. His rail ticket is done and he will reach SAI centre on monday. I will ensure top national coaches to conduct his trials properly. We are team @narendramodi ji and will do everything to identity sporting talents! https://t.co/RF7KMfIHAD
— Kiren Rijiju (@KirenRijiju) February 15, 2020
Menteri Sukan India, Kiren Rijiju berkata pihak berkuasa telah memanggil Gowda ke ibukota New Delhi untuk ujian di bawah jurulatih terbaik negara.
“Pegawai dari Lembaga Sukan India (SAI) telah menghubungi beliau. Tiket keretapinya sudah ditempah dan dia akan sampai ke pusat SAI pada hari Isnin.”
“Saya akan memastikan jurulatih kebangsaan terbaik untuk menjalankan ujian [trial] ke atasnya dengan betul.” tulis Rijiju di Twitter.