Souness Tuduh Salah Sengaja ‘Diving’ Untuk Dapatkan Penalti

Pemain legenda Liverpool, Graeme Souness menyelar sikap Mohamed Salah apabila mendakwa pemain antarabangsa Mesir itu melakukan simulasi untuk mendapatkan sepakan penalti selepas kelab Merseyside itu menang tipis ke atas West Ham pada awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Mesir yang disanjung selaku hero di Anfield itu kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan untuk menyamakan kedudukan setelah Liverpool terlebih dahulu ketinggalan melalui jaringan Fornals pada minit ke-10 untuk West Ham mendahului.

Salah bergelut bersama Arthur Masuku di dalam kotak penalti sebelum terjatuh, dan pengadil perlawanan mengesahkan ianya adalah penalti selepas melakukan semakan melalui VAR.

Penalyi yang berjaya disempurnakan oleh Salah itu meletakkan kembali Liverpool ke dalam saingan untuk memburu kemenangan.

Namun demikian Souness percaya di dalam keadaan tersebut Salah sebenarnya melakukan simulasi dan sememangnya mengundang agar penalti diberikan.

Bercakap kepada Sky Sports, Souness berkata:

“Saya tidak akan memberikannya [penalti] sekiranya saya adalah pengadil di Premier League. Saya sudah banyak kali melihat Salah melakukannya berulang kali.

“Cara dia jatuh langsung tidak semula jadi. Anda harus lihat, lawan bukannya menyepak beliau. Pemain West Ham itu mempunyai kontak dengan dia di bahagian buku lali.

“Saya rasa ia sedikit kecuaian dan ia sepeti undangan yang dinantikan oelh Salah untuk melemparkan dirinya di atas padang.

blank

“Pada saya ia penalti yang amat teruk untuk diberikan, dan itu datangnya dari penyokong Liverpool.

‘Rakaman jarak dekat jelas menunjukkan terdapat sentuhan dari Masuaku pada kaki Salah. Namun cara pemain itu bergolek jatuh sambil mengerang kesakitan membuatkan beliau didakwa melakukan simulasi.

Ini bukan kali pertama Salah didakwa melakukan simulasi untuk memenangi sepakan penalti. Pada Disember 2019 sehingga Januari 2020, penyerang sensasi Liverpool ini memenangi tiga penalti dari empat perlawanan yang dilalui oleh Liverpool.

Dan sebelum itu pada Mei 2018, Jurgen Klopp sendiri pernah mengkritik permainan Salah yang gemar menjatuhkan dirinya sendiri dalam perlawanan menentang Chelsea.

Diogo Jota muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan Liverpool serta memastikan rekod tidak terkalahkan the reds di Anfield dalam saingan premier league masih terjaga.

Diogo Jota menjadi pemain pertama selepas Luis Garcia untuk menjaringkan gol dari setiap tiga perlawanan liga di Anfield selepas kejayaannya menjaringkan gol ketika bertemu Arsenal, Sheffield United dan West Ham.

Jota dimasukkan pada babak kedua permainan bersama Shaqiri dan kedua-dua mereka terlibat dalam jaringan kemenangan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.