Souness Anggap Glazer Tak Salah Dan Turut Mengkritik Tindakan Penyokong Manchester United

Legenda Liverpool, Graeme Souness telah mengkritik penyokong yang membaling pelbagai objek di dalam stadium Old Trafford semalam ketika sesi tunjuk perasaan menolak Glazer.

Sekumpulan besar para penyokong Manchester United telah menimbulkan kekecohan yang mengakibatkan aksi perlawanan bertemu Liverpool terpaksa ditangguhkan.

Kumpulan peminat itu melakukan rusuhan dengan memasuki padang serta merosakkan pelbagai kemudahan yang berada di dalam stadium.

Rakaman menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan itu menyalakan flare betul-betul dihadapan ruang yang mana tempat Souness membuat ulasan berkait perlawanan tersebut.

Ketika Souness mengutuk tindakan tersebut, tiga lagi rakan pengulasnya, Gary Neville, Roy Keane dan Jamie Carragher pula memilih sebaliknya dengan mempertahankan hak para penyokong.

“Jika apa yang mereka baling tu terkena sesiapa antara kami, kami tentunya akan terbaring di hospital dalam keadaan penuh ketakutan.”

Jelas Souness.

“Jadi ia jelas memang bukan situasi yang kelakar untuk diketawakan.”

“Seseorang telah melemparkan satu tin beer ke arah kami. Sekali lagi, jika ia terkena kamu ditempat yang tak sepatutnya, ia mungkin akan membunuh kamu. Jadi mari kita bersama untuk tidak gembira dan pandang rendah terhadap situasi ini. Ia sangat tidak boleh diterima.”

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Souness turut membuat kenyataan seolah-olah mempertahankan keluarga Glazer dan menegaskan bahawa penyokong United sebenarnya buat keputusan tak tentu hala untuk marah kepada pemilik kelab mereka.

“Saya tak rasa ia akan memberi sebarang kesan.”

Jelas beliau lagi.

“Glazer sejak dari era Sir Alex Ferguson bersara, telah memberikan dana berbillion pound kepada pengurus untuk dilaburkan kepada kelab. Saya rasa ia hampir £719 juta secara puratanya dalam tempoh lapan tahun terakhir ni.”

“Saya rasa ia kerana mereka tak puas hati United sekarang bukan pasukan gergasi seperti dahulu lagi. Isi ini sangat tak patut. Mereka merupakan ahli perniagaan yang serius, saya tak rasa hal ini akan beri impak kepada keputusan mereka. Saya betul-betul tak rasa macam tu.”

“Kita tinggal di negara yang mana kamu boleh buat demo, kamu boleh luahkan perasaan kamu, kamu dibenarkan untuk lakukan semua itu, tapi saya tak nampak ia akan beri kesan kepada Glazer walau sedikit pun. Jika kamu rasa kamu boleh bagi tekanan yang tegas terhadap ahli perniagaan yang bijak dan tinggal lebih 3,000 batu dari situ, seberang laut, dengan harapan dia akan lepaskan kelab dengan mudah, percayalah ia tak akan berlaku.”

“Bukan mudah untuk dia lepaskan, dia perlu letak cagaran untuk ini, kamu bukan boleh pergi ke bank, dan katakan kamu nak beli Manchester United, katakan kamu mahu mendapatkan dana untuk beli, ia tak akan berlaku, kamu harus letakkan cagaran.”

“Mereka pertaruhkan sesuatu untuk beli Manchester United, sejak itu, mereka telah mengeluarkan dana yang sungguh besar untuk pengurus gunakan membeli pemain. Cuma selepas Fergie berhenti, United sukar untuk capai kejayaan, dan saya rasa itu je sebenarnya sebab penyokong marah dan mereka sekarang dibelenggu oleh rasa marah sendiri. Saya rasa peminat tak tahu apa mereka buat.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.