Sorakan #OleOut Trending Kerana Kemarahan Penyokong Manchester United

Akibat terlalu kecewa dengan prestasi semasa, para penyokong Man United memulakan kempen Ole Out sekali lagi.

Manchester United seri 2-2 dengan pasukan Aston Villa dalam aksi yang tidak memuaskan.

Manchester United hampir tewas dalam perlawanan ini. Mujur VAR membatalkan 1 gol Aston Villa.

Pada pertengahan minggu lalu, Manchester United merehatkan pemain utama dalam kempen UEL menentang Astana.

Ini untuk fokus kepada perlawanan EPL pada hujung minggu. Ole menyatakan beliau perlu melakukan perkara itu untuk memberikan peluang kepada pemain muda dan memberikan ruang kepada beberapa pemain berehat.

Hal ini kerana Man United ada jadual perlawanan yang sangat padat dalam bulan Disember.

Mereka tewas dalam aksi UEL dan kini keciciran mata sekali lagi dalam aksi EPL.

Di Twitter, tanda pagar #OleOut sedang mendahului carta kemarahan penyokong Manchester United di seluruh dunia.

Seterusnya nama Andreas Pereira, juga dalam senarai kemarahan penyokong.

Mujur nama ke-4 dan ke-5 itu naik sebab mereka teruja kerana 2 pemain itu menghasilkan gol.

Penyokong Man United bengang dengan Solskjaer. Dalam kedudukan 2-2, pengurus yang dianggap jelmaan Sir Alex Ferguson itu telah melakukan pertukaran bek kiri.

Ole kemudian melakukan pertukaran sangat lewat memasukkan Mason Greenwood.

Manchester United kini berada di tangga ke-9 di belakang Arsenal yang tidak menang dalam 6 perlawanan liga mereka.

Kempen Ole Out ini  bukan pertama kali dilakukan. Namun ia biasanya akan reda selepas sidang media Ole yang membentangkan pelan jangka panjang kelab mereka.

Sehinggakan Jose Mourinho sebelum ini menganggap semua pengurus mahu menjadi seperti Ole. Asal sahaja orang bertanya tentang keputusan buruk, terus ceritakan tentang pelan masa hadapan.

Para penyokong United mulai mendesak pengurusan untuk memecat segera Ole untuk menyelamatkan pasukan mereka daripada gagal bermain di UCL pada musim hadapan.

Ole hanya membimbing Man United menang 4 perlawanan daripada 14 perlawanan liga setakat ini.

Ada juga yang mempersoalkan tangkal apa agaknya dipakai Ole sehinggakan beliau begitu kebal. Sedangkan Pochettino dan Unai Emery yang berada di kedudukan lebih baik daripada beliau, sudah dipecat.

Mereka juga mulai menuduh Ole adalah jelmaan Mr. Bean. Ia sangat berbeza dengan kenyataan Ashley Young dan Valencia sebelum ini yang melabel Ole sebagai jelmaan Sir Alex Ferguson.

https://twitter.com/General_baheez/status/1201214399823921152

Ada yang mulai mahukan Ole digantikan segera dengan Mauricio Pochettino sebelum terlambat.

Ole kini dalam tekanan. Perlawanan seterusnya adalah berhadapan dengan Tottenham Hotspur. Beliau akan berhadapan dengan Jose Mourinho buat pertama kali.

Selepas itu, Man United akan berhadapan dengan Manchester City dalam derbi Manchester.

Sebelum ini Ed Woodward sudah memberikan jaminan bahawa mereka akan terus menyokong Ole Gunnar Solskjaer.

Itu mungkin sedikit sebanyak melegakan Ole yang sebelum ini mendapat jawatan tetap selepas cemerlang sebagai interim.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.