Penyerang Tottenham, Son Heung Min telah dinamakan sebagai pemain yang memiliki penyudah paling klinikal di benua Eropah pada ketika ini.
Beliau juga dianggap lebih tajam dan berbisa berbanding pemain seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski.
Pemain kebangsaan Korea Selatan itu telah menjaringkan 61 gol untuk Spurs sejak bermulanya musim 2016/17.
Opinion: Amazing Son Heung-min stat shows Spurs man’s superiority to Messi in one area: https://t.co/OJryjajmO7
— Spurs News (@SpursNewsApp) January 10, 2021
Ramai lagi pemain yang mempunyai catatan lebih baik dari itu seperti, Messi menjaringkan 139 gol dan Lewandowski menjaringkan 134 gol sepanjang tempoh yang sama dengan Son.
Namun, menurut kajian dari The Independent dengan menggunakan data dari Understat.com, ia menunjukkan bahawa Son lebih dominan dari segi XG. Dalam kata lain, Son lebih klinikal dan tidak banyak melepaskan peluang berbanding pemain lain.
Graf di bawah menunjukkan bahawa Son menjaringkan 44% gol lebih dari yang sepatutnya beliau mampu jaringkan mengikut peratusan peluang yang beliau miliki.
Pemain kedua yang mempunyai daya penyudah paling klinikal dalam senarai ini adalah rakan sepasukan, Son Heung Min, Harry Kane yang menjaringkan 21% gol lebih dari yang sepatutnya beliau jaringkan.
Lionel Messi dan Ciro Immobile kedua-dua mereka mencatatkan peratusan yang sama 21% xG, manakala bintang Liverpool Sadio Mane berada di kedudukan kelima dengan scoring rate 16% di atas xG.
Apa yang menariknya bintang handalan Juventus, Cristiano Ronaldo yang baru sahaja memecahkan rekod sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman hanya berada di kedudukan 10 teratas sahaja dalam senarai ini.
GOALLLL!!!! Son Heung Min fires us one goal closer to Wembley #THFC #COYS pic.twitter.com/NrjdUCr5QH
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) January 5, 2021
Sementara, jika mengikut peratusan kemungkinan untuk menjaringkan gol pula, Lewandowski pula beliau sebenarnya boleh menjaringkan gol lebih banyak dari yang sudah beliau jaringkan.
Son dipilih sebagai penyerang paling klinikal kerana beliau sering berada di kedudukan yang tepat untuk menjaringkan gol dan beliau juga sangat jarang untuk melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol.
Pemain berusia 28 tahun itu menunjukkan peningkatan yang sangat mendadak dalam tempoh empat tahun setengah ini dengan namanya sudah mendapat tempat istimewa dalam hati penyokong Tottenham Hotspur.
LATEST: Opinion: Amazing Son Heung-min stat shows Spurs man’s superiority to Messi in one area #THFC https://t.co/Q0HXzuu1GO
— Hotspurs News Alerts (@AlertsHotspur) January 10, 2021
Musim ini beliau menunjukkan peningkatan yang lebih drastik dengan menjaringkan 12 gol dari 16 perlawanan dalam saingan premier league.
Selain dari mempunyai kelebihan dalam larian solo yang berbahaya dan sering menjaringkan gol dari sudut itu, kesefahaman beliau dengan Kane juga sangat mengagumkan.
Jadi tidak hairanlah mengapa nama Son Heung Min dinamakan sebagai penyerang paling klinikal di benua Eropah ketika ini.