Son Ditroll Mourinho Walaupun Jaring Dua Gol

Son Heung-Min telah menjadi nadi kebangkitan Tottenham Hotspur sekembalinya pasukan London itu untuk aksi Premier League selepas dua minggu menikmati winter break.

Pemain Korea Selatan itu telah menjaringkan dua gol buat Spurs ketika menewaskan Aston Villa 3-2 selepas ketinggalan pada minit ke-9.

Dengan dua jaringan itu Son Heung-Min telah menjadi pemain daripada Asia yang pertama menjaringkan 50 gol di Premier League.

Namun persembahan Son Heung-Min yang memberi tiga mata penuh kepada Spurs nyata tidak dapat mengelakkan beliau daripada ditroll.

Insan yang menganjing Son Heung-Min tidak lain tidak bukan adalah pengurus Spurs sendiri, Jose Mourinho. The Troll One?

Ketika ditemurah selepas perlawanan, Mourinho datang untuk menyelit dan bergurau dengan pemain Korea Selatan itu.

“Kau berborak tentang gol beliau jaring atau peluang gol yang dibazirkan?”

—-

“You speaking about the goals he scored or the goals he missed?!”

Mereka berdua pun ketawa sambil disertai oleh wartawan yang sedang menemuramah dan Son pun meneruskan sesi temuramah itu sambil kesipuan.

Son Heung-Min menjadi nadi kebangkitan skuad Jose Mourinho dengan dua gol pada lewat permainan setiap separuh masa.

Pemain pertahanan Spurs, Toby Alderweireld juga mencuri perhatian dalam perlawanan ini.

Pemain Belgium itu telah menjaringkan gol sendiri namun menebus kemabli kesilapan itu dengan gol penyamaan.

Mungkin kerana terlalu lama bercuti, Toby Alderweireld gagal membezakan gol sendiri dan gol lawan.

Hantaran lintang pemain Aston Villa tanpa sengaja telah tertolak masuk ke gawang sendiri oleh kaki Toby Alderweireld.

Namun Toby Alderweireld menebus kembali dengan jaringan penyamaan dengan satu turning badan yang cantik dan rembatan dilepaskan.

Son Heung-Min meletakkan Spurs di hadapan pada penghujung babak pertama, pada mulanya sepakan penalti beliau gagal teruk.

Namun bola muntah segera ditolak masuk dengan satu kuisan oleh Son Heung-min.

Aston Villa bukan kaleng-kaleng apabila kembali menyamakan kedudukan lapan minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Ketika permainan dilihat hampir berakhir dengan keputusan seri Son Heung-min hadir dengan gol kemenangan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.