Solskjaer Salahkan ‘Linesman’, Persoalkan Kenapa VAR Tak Berikan Penalti

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan, para pemain beliau berhenti bergerak kerana melihat bendera offside yang diangkat oleh penjaga garisan.

Oleh sebab itu semua orang sudah memikirkan bahawa pengadil akan menghentikan perlawanan.

Manchester United berada dalam kedudukan mendahului 1-0 selepas gol oleh Scott McTominay. Namun Pierre-Emerick Aubameyang mendapatkan Arsenal gol penyamaan hasil daripada semakan semula VAR, Walaupun pada awalnya penjaga garisan menyatakan beliau offside.

Lantas Ole Gunnar Solskjaer merasakan para pemain beliau terganggu dan tertarik dengan tindakan oleh penjaga garisan Scott Ledger yang membuatkan mereka bolos pada minit ke-58.

Aubameyang menyambar hantaran oleh Bukayo Saka selepas kesilapan Axel Tuanzebe yang melakukan hantaran tidak tepat.

Solskjaer berkata: “Ashley (Young) mengangkat tangannya kerana beliau melihat penjaga garisan mengangkat benderanya.”

“Young mungkin nampak agak ragu-ragu. Jika tidak, Young boleh cuba membantu De Gea menghalang gerakan itu. Namun ia bukan sagu hati untuk kami dan gol yang cantik untuk Arsenal.”

“Pandangan saya, penjaga garisan patut kekal tidak mengangkat bendera dalam situasi itu. Kemudian menyerahkan kepada pengadil (untuk melihat menerusi VAR).”

Seterusnya, Solskjaer mempersoalkan pengadil, Kevin Friend yang tidak membrikan mereka penalti, selepas bola terkena tangan Sead Kolasinac.

“Banyak keputusan penalti sekarang, jika anda tidak memberikannya, anda tidak boleh kembali dan mendapatkannya,” jelas beliau lagi.”

Walaubagaimanapun Solskjaer tetap menganggap Arsenal berhak mendapat gol mereka. Pada masa yang sama Solskjaer kecewa kerana VAR sepatutnya digunakan untuk memberikan mereka penalti.

Selepas keputusan seri ini, United telah mencatatkan satu rekod buruk dalam sejarah kelab mereka.

Manchester United gagal mendapat mata 2 digit selepas 7 perlawanan, pertama kalinya selepas 30 tahun. Namun Solskjaer enggan terlalu memikirkannya dan kekal positif dengan apa yang mereka sedang usahakan di Old Trafford.

“Banyak perkara yang kami kaji dan memberikan kami lebih keyakinan. Kami harus belajar dan memenangi perlawanan.. kami tahu pasukan kami sedang meningkat naik.”

“Saya rasa hari ini kita disajikan aksi hebat oleh Scotty, Andreas (Pereira), dan Axel (Tuanzebe). Mereka akan menjadi pemain yang hebat. Jadi, ini sangat positif.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.