Ole Gunnar Solskjaer kecewa dengan aksi tak bermaya Manchester United yang menyebabkan rekod kemenangan berturut – turut mereka tamat di tangan Bournemouth.
Ole Gunnar Solskjaer memburu kemenanga ke-4 berturut-turut di tempat lawan dalam semua pertandingan dalam tempoh 10 hari.
Namun malangnya, dalam aksi semalam, bekas graduan Manchester United, Joshua King menjaringkan gol tunggal kemenangan Bournemouth.
King bijak melepasi Wan Bissaka dan melakukan percubaan voli padu menewaskan David De Gea.
United gagal mencari gol penyamaan sepanjang aksi tersebut. Anthony Martial meminta penalti namun tidak diberikan pengadil perlawanan.
Bournemouth mengakhiri rekod tanpa menang dalam 5 perlawanan terakhir mereka.
Bercakap kepada BBC Match Of The Day, Ole berkata: “Sesiapa sahaja akan rasa kecewa kalau kalah terutama sekali apabila kamu berada dalam prestasi yang sedang kamu lalu.”
“Kami sangat berharap dapat bawa balik 3 mata hari ini.”
Ole berkata kemenangan ini telah membuatkan mereka berundur satu langkah ke belakang selepas kembali ke landasan yang tepat sebelum ini.
Dan beliau mahu pasukannya bangkit lagi selepas ini.
“Ini adalah satu langkah ke belakang untuk kami pada hari ini. Dan kami perlu untuk bangkit semula selepas ini.”
“Kami sepatutnya menggunakan kesempatan sebaik mungkin ketika kami menguasai perlawanan.”
Ole kemudian memuji gol yang dilakukan oleh Joshua King kerana gol itu sangat cantik. Beliau mengenepikan isu permusuhan dalam padang dan berkata ada kalanya, kita kena hargai apa yang lawan kita buat, jika mereka melakukan perkara yang luar biasa.

“Namun pasukan lawan ada 1 momen ajaib yang membolehkan mereka menang. Kadangkala kamu kena memberikan penghargaan kepada gol sebegitu daripada pasukan lawan dan berkata Well Done. Ia gol yang cantik.”
“Kami kurang bernasib baik sebab ada percubaan daripada Mason Greenwood terkena tiang. Saya lebih melihat beliau menjaringkan gol daripada keadaan itu daripada gagal menyempurnakannya. Namun beliau bermain baik”
“Saya rasa Marcus Rashford dan Anthony Martial hari ini bertahan dengan baik berhadapan dengan mereka.”
"A step back".
Ole Gunnar Solskjaer gives his take on Manchester United's Premier League defeat at Bournemouth.
📹: https://t.co/9Pm2bXsqbx#MUFC pic.twitter.com/vdtHYtpsMS
— BBC Sport (@BBCSport) November 2, 2019
“Namun untuk perlawanan seperti ini, sangat penting untuk mendapatkan gol pertama. Dan hari ini yang dapat gol pertama itu adalah mereka, pasukan lawan kami.”