Solskjaer Anggap Kedudukan Liga Tak Penting - Sukan

Solskjaer Anggap Kedudukan Liga Tak Penting

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau tidak ambil peduli tentang kedudukan liga pada ketika ini. Beliau lebih memikirkan perkara lain yang lebih penting.

Sebelum ini Ole menyatakan perkara yang sama di mana beliau lebih memikirkan soal pembentukan pasukan.

Ole juga pernah menyatakan beliau tak peduli tentang keputusan seri kerana pasukannya masih menjaringkan 3 gol.

Minggu lalu, Ole menganggap keputusan kalah itu tak penting kerana mereka bermain cantik.

Manchester United keciciran mata sekali lagi berhadapan dengan lepaskan Aston Villa di tempat sendiri.
United juga dilihat semakin sukar untuk menempatkan diri dalam slot 4 teratas bagi kembali ke UCL.

Manchester United mempersia-siakan peluang untuk naik ke kedudukan kelima sekiranya mereka menang.

Keputusan seri yang dicatatkan pasukan Manchester United, menyaksikan mereka sekarang hanya mengutip 18 mata daripada 14 perlawanan. Lawan mereka seterusnya ialah Tottenham Hotspur dan juga Manchester City.

Ole Gunnar Solskjaer akan berhadapan dengan Jose Mourinho buat pertama kali di dalam kunjungan pertama kali pengurus itu ke halaman bekas kelab lamanya.

Ole berkata: “Kedudukan liga bukanlah perkara penting untuk difikirkan pada ketika ini kerana saingan yang sangat sengit.”

“Dan saya tidak akan bercakap dengan kamu semua tentang kedudukan liga, sekalipun jika kami berada di tangga kelima, jika kami menjaringkan 1 lagi gol tadi dan menang.”

“Saya perlu memastikan kami berada dalam prestasi terbaik untuk mendapat tiga atau empat lagi keputusan positif dengan persembahan cemerlang.”

Solskjaer kemudiannya bengang dengan ketidakmampuan pasukannya menang dalam kedudukan mereka di hadapan.

“Namun apa yang saya nak katakan sekarang adalah kami telah banyak mendahului pasukan lawan, namun akhirnya kami gagal menang. Sudah 6 atau 7 kali kami mendahului 1-0, 2-1 atau 3-2 macam minggu lepas.”

“Kami patut lebih baik dalam situasi ini dan menjadikannya kemenangan.”

Manchester United bangkit selepas ketinggalan dan mendahului menerusi tandukan Victor Lindelof.

Solskjaer kecewa kerana pasukannya bolos oleh tandukan Tyrone Mings.

“Saya sangat kecewa kami bocor sebaik sahaja menjaringkan gol pendahuluan.”

Solskjaer kemudiannya menyatakan walaupun mereka menurunkan ramai pemain muda, sebagai sebuah pasukan bergelar Manchester United, itu bukan alasan untuk tidak menang.

“Saya tahu kami bermain dengan pemain muda, namun sebagai pasukan Manchester United, itu bukan alasan untuk kami tidak menang dalam perlawanan seperti ini.”

“Saya rasa banyak bukti para pemain muda kami hampir menang banyak perlawanan berbanding dengan lebih hampir kepada kalah.”

Ole Gunnar Solskjaer juga kecewa kerana ada ramai pemain sudah diberikan rehat cukup tetapi masih gagal bermain dengan lebih cergas.

“Separuh masa pertama kami tak cukup bagus. Saya kecewa kerana ramai pemain yang kekal berada di sini ketika pemain pemain muda kami ke Kazakhstan. Kami harus melepasi perangkap dengan cepat.”

“Namun separuh masa kedua kami bermain seperti apa yang kami mahukan. Kami mencipta lebih banyak peluang gol dan patut menang perlawanan ini, namun kami tak berhak,” tambah beliau lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter