Solksjaer Dituduh Sindir Liverpool Selepas Memuji Man City

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer dituduh menyindir Liverpool setelah memuji prestasi yang ditampilkan Manchester City selepas pasukan kendaliannya tewas kepada skuad Pep Guardiola di separuh akhir Piala Carabao pada Rabu lalu.

Man United gagal melangkah ke perlawanan akhir Piala Carabao setelah tewas 2-0 kepada Man City di Old Trafford. Ini adalah kali kedua dalam tempoh dua musim terakhir ini, Man United dikecewakan oleh The Citizen di separuh akhir di pertandingan yang sama.

Dipetik dari Daily Mail, Solksjaer dianggap menyindir Liverpool selepas Man United dikalahkan Man City. Ini kerana pengurus dari Norway itu berkata Man City sebagai pasukan terbaik di Liga Inggeris pada ketika ini.

“Ini bukan masalah psikologi. Adakalanya anda akan bertemu pasukan yang sangat bagus di separuh akhir dan kami pula beraksi kurang baik. Dan kami juga menentang sebuah pasukan yang dianggap terbaik di Liga Inggeris pada ketika ini, dan kami pula tidak cukup bagus,” ujar Solskjaer.

Hubungan Man United dan Liverpool menjadi semakin panas akhir-akhir ini menjadi semakin panas sesuai dengan kedudukan terkini di saingan Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sebelum ini dengan tidak semena-mena menyindir kebangkitan Man United kerana dihadiahkan terlampau banyak sepakan penalti.

Tuduhan itu bagaimanapun diselar oleh Solksjaer yang menganggap pengurus Jerman itu cuba mempengaruhi keputusan pengadil pada masa akan datang.

“Kami bermain menentang sebuah pasukan yang bagus seperti Man City. Mereka menampilkan aksi yang baik sekali.

“Pada ketika mereka beraksi sebegitu bagus, anda juga harus bermain lebih baik untuk mengalahkan mereka. Kami semakin hampir. Ini adalah Man United versi yang lebih bagus daripada pasukan yang beraksi di separuh akhir pada tahun lalu,” kata Solksjaer.

Man United berpeluang memintas Liverpool di kemuncak Liga Perdana Inggeris jika mampu seri atau menewaskan Burnley pada 12 Januari akan datang.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.