Sokratis: ‘Lebih Mudah Bertahan Lawan Liverpool Berbanding Burnley’

Sokratis Papastathopoulos menyatakan bahawa trio serangan Liverpool bukanlah sehebat yang disangkakan. Malah beliau meletakkan trio Salah-Firmino-Mane sebagai lebih mudah dikawal berbanding dengan penyerang Burnley.

Arsenal menang 2 perlawanan berturut-turut pada awal kempen musim ini. Salah satu daripadanya adalah menang 2-1 ke atas Burnley.

Dengan itu, Sokratis percaya kualiti penyerang Burnley lebih sukar untuk dikekang berbanding dengan Liverpool. Kenyataan itu dibuat menjelang aksi Arsenal dan Liverpool pada Sabtu ini di Anfield.

“Sebagai seorang pertahanan, kamu tidak suka bermain menentang pasukan seperti Burnley. Mereka banyak memberikan kamu pertarungan.”

“Ianya permainan berbeza. Mungkin ianya akan lebih mudah berbanding menentang Burnley, kerana kamu tidak perlu bertarung secara fizikal dengan banyak . Mereka (Liverpool) juga pasukan yang bermain bola sepak.”

“Jika mereka ada hari yang baik, maka anda ada hari yang buruk dan itu sukar. Akhir sekali, kita tahu, lawan Liverpool ini bukan mudah dan kami sangat menghormati mereka.”

“Cara terbaik untuk menentang pasukan seperti Liverpool adalah bermain dengan cara kita sendiri. Dan kita akan tengok apa akan jadi.”

Sokratis kemudian menyatakan keyakinan beliau menjadi lebih tinggi dengan adanya David Luiz di dalam pasukan. Ini kerana, David Luiz sudah banyak kali berhadapan dengan pasukan Liverpool ketika di Chelsea.

“Saya sudah lama kenal David Luiz. Beliau juga boleh berbahasa Greek sedikit. Luiz sangat baik orangnya. Saya gembira Arsenal berjaya mendapatkan pemain macam Luiz, yang berpengalaman. Ketika di Dortmund saya berpasangan dengan Hummels, yang corak permainan beliau sama dengan Luiz.”

Siapakah yang bakal menang aksi tumpuan pada hujung minggu ini di antara Arsenal dan Liverpool?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.