6 minggu yang lalu, Sloane Stephens menghuni ranking ke-957 dunia. Ini selepas beliau tersisih untuk tempoh yang panjang selama 11 bulan kerana kecederaan.
Bertandang ke Grand Slam Amerika Syarikat sebagai pemain ke-83 dunia. Agak mengejutkan apabila Sloan mara sehingga ke perlawanan akhir. Sloan menewaskan Madison Keys yang berada di ranking ke-15 dunia secara straight set, 6-3, 6-0.
Sloan Stephens menjadi pemain bukan pilihan (unseeded) yang ke-5 di dalam sejarah untuk memenangi acara perseorangan Grand Slam dalam era terbuka.
Sloan kelihatan tergamam melihat cek yang bertulis $3.7 juta ataupun RM15.5 juta. Di media sosial reaksi Sloan ini telah menjadi tular.
“Saya tak tahu nak cakap apa buat masa ini, kerana jika anda beritahu orang lain cerita ini, mereka akan merasakan ia ‘gila’.”
4 tahun yang lalu, Sloan Stephens pernah mengejutkan dunia apabila menewaskan jagoan Serena Williams di suku akhir Terbuka Australia.
Memasuki tahun 2016, Sloan berjaya memenangi 3 kejuaraan dan berada di ranking 30 dunia. Namun selepas itu, kariernya dikejutkan kecederaan serius. Mujurlah beliau tidak berada di ranking di luar 1000.
Kemenangan ke atas Keys ini adalah yang ke-15 daripada 17 perlawanan terakhir beliau selepas kembali.
“Ketika saya menjalani pembedahan, saya tidak pernah terfikir akan memenangi Terbuka US. Saya tidak terfikir akan berada di 100 teratas sekalipun.”
Ramai selebriti dan atlet meghantar tweet tahniah tidak henti-henti untuk beliau.