Slippy Kante Diaibkan Budak Lepasan SPM, Ini Nenek Tua Yang Mengambil Gambar

N’golo Kante seperti dirasuk oleh Steven Gerrard dalam aksi Chelsea berhadapan dengan Arsenal.

Mungkin itu balasan buat penyokong Chelsea yang selalu menyanyikan lagu Slippy G, dan penyokong Liverpool tak pernah kisah dan terfikir pula nak mencipta lagu Slippy Terry.

Dan mungkin tak ada lagu Slippy Kante. Sebab tiada orang kisah sangat pasal Chelsea ni.

Dalam aksi Chelsea berhadapan dengan Arsenal, Kante telah melakukan lawal yang tidak  tidak.

Beliau tergelincir dan berpura-pura sedang berenang di atas padang. Aksi itu berlaku ketika gol penyamaan oleh Arsenal, untuk gol pertama.

Pemain remaja berusia 18 tahun, Gabriel Martinelli membuli Kante tanpa rasa hormat dan timbang rasa.

Kante yang dikenali dengan kekerasan dan kelasakannya telah menjadi lemah dan tak bermaya dalam situasi itu.

Pemain yang gemar mengayuh basikal itu seakan-akan menukar hobinya kepada sukan renang.

Sungguh liar perlakukan Martinelli pada malam itu.

Seorang penyokong Arsenal berterima kasih kepada nek Maria, yang merupakan penyokong setia The Gunner, dan beliau dikatakan sempat mengambil shot gambar yang cantik ini.

Syabas Maria untuk gambar ini:

Kedua-dua pasukan jelas telah mempamerkan aksi yang penuh dengan drama yang menarik untuk sebuah perlawanan derbi.

Match Report

Chelsea telah menerima satu kebangkitan daripada pasukan yang bermain 10 orang, hampi sejam, iaitu Arsenal.

Chelsea memulakan perlawanan ini dengan sangat baik. Dan mereka mendominasi perlawanan dengan tempoh yang sangat lama.

Pada minit ke-26, bekas pemain Chelsea, iaitu, David Luiz, telah menjatuhkan Tammy Abraham di dalam kotak penalti.

Luiz terpaksa mengambil tindakan yang membawa kepada kad merah itu untuk menafikan peluang gol Abraham. Ini selepas kesilapan yang sangat cuai daripada Mustafi, yang melakukan hantaran lemah kepada Bernd Leno.

The Gunners ketinggalan awal pada minit ke-28, apabila Jorginho melakukan penalti dengan gaya ikonik beliau dengan melompat sedikit.

Chelsea menjadi pasukan yang menguasai peralwanan. Ianya sudah dijangka. Bermain di gelanggang sendiri berhadapan dengan skuad pincang Arsenal tanpa seorang pemain.

Namun begitu, Chelsea tidak dapat menambah gol dengan beberapa peluang yang mereka miliki.

Granit Xhaka yang diarahkan bergandingan dengan Mustafi di bek tengah, selepas Luiz dikeluarkan, pasangan bek tengah itu beraksi sangat baik.

Mustafi jelas sekali menebus kesilapan beliau dengan bergandingan cemerlang dengan David Luiz, ketika Arsenal beraksi 10 orang.

Chelsea semakin intensif dan semakin ramai pemain diarahkan berada di kawasan lawan ketika menyerang.

Arsenal menyamakan kedudukan pada minit ke-63. Ianya berpunca daripada usaha Mustafi yang mengeluarkan bola dari kotak bahaya.

Martinelli menerima bola itu dan melakukan larian solo ke kawasan Chelsea. Malang buat N’golo Kante yang tergelincir dan hanya mampu memerhatikan aksi Martinelli.

Martinelli melepasi Kante dan bergerak bebas menuju ke arah Kepa Arrizabalaga. Martinelli tenang menyudahkan peluang itu, seolah-olah bukan budak 18 tahun.  Teknik dan ketenangan beliau sangat baik.

Ketika perlawanan masuk ke minit ke-84, Azpilicueta meletakkan Chelsea di hadapan menerusi satu gol jarak dekat.

Beliau hanya perlu melakukan satu tampanan ringkas dengan kakinya di hadapan gol.

Para pemain Chelsea meraikan gol itu dan seolah-olah kemenangan sudah menjadi milik mereka.

<img class=”aligncenter size-full wp-image-5900″ src=”https://sukan.my/wp-content/uploads/2020/01/azpli.jpg” alt=”” width=”828″ height=”439″ />

Ketika Frank Lampard dan penyokong Chelsea sedang berkira-kira untuk memenangi 3 mata di Stamford, Bridge, hasrat mereka dileburkan oleh Arsenal.

Kapten mereka, Hector Bellerin telah menerima bola di tepi padang. Beliau masuk ke dalam sedikit dan melepaskan percubaan.

Kepa kelemasan dan tidak dapat menyelamatkan bola tersebut.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stamford Bridge. Keputusan yang agak menghampakan buat Chelsea kerana mereka beraksi dengan kelebihan seorang pemain pada tempoh yang lama.

Bellerin ternyata sangat gembira dengan gol itu selepas bergelut dengan kecederaan musim ini.

Chelsea lineup: Arrizabalaga, Azpilicueta, Christensen, Rudiger, Emerson Palmieri, Kante, Jorginho, Kovacic, Hudson-Odoi, Abraham, Willian

Subs: Alonso, Barkley, Pedro, Caballero, Zouma, Mount, Batshuayi

Arsenal lineup: Leno, Bellerin, Mustafi, Luiz, Saka, Torreira, Xhaka, Pepe, Ozil, Martinelli, Lacazette

Subs: Ceballos, Maitland-Niles, Holding, Martinez, Willock, Guendouzi, Nketiah

Referee: Stuart Attwell

Apa seterusnya?

Chelsea akan turun berhadapan dengan Leicester selepas ini. Manakala Arsenal pula akan berhadapan dengan pasukan Burnley.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.