Sitti Ikut Idah, Sertai Norwich Kerana Tertarik Dengan Gaya Permainan Duda Dengan Pukki & Tettey

Norwich City mengesahkan seorang lagi pemain baharu dalam pasukan mereka untuk memperkuatkan lagi pasukan mereka.

Sebelum ini mereka mengumumkan Ondrej Duda sebagai pemain baharu mereka. Pemain yang menyatakan teruja dapat bermain untuk Norwich City.

Duda Gembira Akhirnya Dapat Bermain Bersama Pukki & Tettey Di Bawah Kendalian Farke

 

Dengan berita terbaru ini, bermakna Ondrej Duda kini akan beraksi bersama dengan Temmu Pukki, Alexander Tettey, Adam Idah dan Melvin Sitti di dalam satu pasukan.

Melvin Sitti diumumkan sebagai pemain baharu Norwich City sebentar tadi yang dikendalikan Daniel Farke.

Sitti mengakui cara permainan pasukan yang memiliki nama seperti Duda, Pukki, Idah dan Tettey itu membuatkan beliau mahu datang.

Sitti berkata: “Kami ada datang ke Bournemouth menyaksikan cara pasukan bermain. Cara mereka bermain membuatkan saya teringin nak datang ke sini.”

“Saya merupakan pemain tengah di posisi nombor lapan. Namun kadangkala saya boleh bermain di nombor enam.”

“Saya mahu membantu pasukan ini dalam menggerakkan bola lebih lancar dan meningkatkan lagi kekuatan pasukan ini.”

Beliau kemudian menyatakan impiannya kini sudah menjadi kenyataan. Mahu beraksi di Liga Inggeris.

“Sentiasa menjadi impian saya sejak kecil untuk bermain di England. Saya gembira hari ini hasrat saya termakbul jua dan sudah mencapai impian saya.”

“Ini hanya satu permulaan dan berharap akan menikmati karier yang baik di England.”

“Orang di sini, di Norwich sangat baik dan mesra, saya sudah terasa seperti menjadi keluarga mereka. Fasiliti di sini sangat profesional.”

Sitti merupakan pemain berusia 19 tahun yang sebelum ini bermain untuk Sochaux di Perancis.

Beliau menyatakan sudah tak sabar untuk bermain dengan Norwich City dengan gaya Farke di atas padang.

Farke dikenali dengan keinginan beliau melihat pasukannya bermain dengan berani dengan cara bola sepak hantaran rendah.

Norwich City kini berada di tangga tercorot liga. Dengan kehadiran Sitti mereka berharap dapat memperbaiki aspek permainan mereka terutama sekali dari segi aspek bertahan di tengah.

Norwich masih berusaha keluar dari zon penyingkiran selepas permulaan musim yang sangat cemerlang.

Namun selepas itu mereka keciciran banyak mata di atas padang. Lantas mereka menggunakan jendela perpindahan kali ini untuk memperbaiki beberapa aspek permainan mereka.

Sitti dikenali dengan gaya permainan yang lasak dan juga stamina yang tinggi.

Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain muda yang berbakat besar di Perancis serta menjadi buruan beberapa kelab lain.

Selamat maju jaya buat Melvi Sitti di tempat baharu. Semoga dapat membentuk gandingan yang berbisa bersama Duda, Pukki, Idah serta ramai lagi pemain berbakat lain di Norwich City.

Pastinya beliau berharap akan dapat membantu Norwich City mengelak penyingkiran dalam musim pertama kepulangan semula mereka ke Liga Perdana Inggeris.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.