Pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson menyatakan beliau hairan kerana pemain seperti McGinn tidak dipancing oleh Manchester United.
Berdasarkan pengamatan beliau, pemain tersebut antara pemain tengah terbaik di liga Inggeris ketika ini.
Perkara itu disahkan oleh Bobby Jenks, bekas penjejak bakat pemain muda.
Jenks yang pernah bercakap tentang pemain kelahiran Scotland itu dengan Sir Alex Ferguson. Menurut Jenk: “Beliau kini berada setaraf dengan pemain tengah terbaik yang lain dalam liga Inggeris.”
“Tunggulah beberapa tahun lagi jika belia mengekalkan prestasi yang sama, maka, kita boleh bercakap lebih tentang beliau.”
“Sekarang ini, Alex Ferguson pun hairan kenapa Manchester United tidak mengambil kesempatan mendapatkan pemain berbakat ini.”
“Apa yang pasti, Sir Alex sentiasa mengikuti perkembangan pemain ini secara dekat. Saya pasti, jika McGinn terus cemerlang, saya bertaruh, Sir Alex akan memberitahu rakan rakannya di United.”
Manchester United sebelum ini cuba memancing pemain tengah seperti Bruno Fernandes, namun gagal mendapatkannya.
McGinn dilihat sebagai alternatif terbaik untuk United menguatkan lagi bahagian tengah mereka.
Sir Alex Ferguson tipped to talk Man Utd into John McGinn transfer https://t.co/Wt6UN5Auws pic.twitter.com/Q5RDOUVBop
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 4, 2019
McGinn menjadi nadi penting Villa dalam membantu pasukan itu naik semula ke EPL musim ini
United kerapkali berhadapan dengan isu krisis prestasi dan juga isu kecergasan pemain tengah. Mungkin selepas ini United akan cuba mencari alternatif seperti McGinn selepas ini?