Seni mempertahankan diri iaitu pencak silat telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO. Perkembangan ini pastinya membanggakan kita semua rakyat Malaysia.
Pencak silat telah berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengiktirafan itu diberikan pada persidangan mesyuarat sesi ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang berlangsung di Bogota, Colombia yang berlangsung dari 9 hingga 14 Disember.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi mengesahkan bahawa pengiktirafan itu adalah melalui keputusan sebulat suara oleh 24 Ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat.
Mereka ini terdiri daripada negara – negara anggota yang dipilih untuk mengisi kerusi jawatankuasa itu untuk tempoh enam tahun.
Dipetik dari sumber Berita Harian, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata: “Penyenaraian di peringkat UNESCO merupakan pengiktirafan bertaraf dunia ke atas satu daripada khazanah warisan negara bagi warisan kebudayaan tidak ketara.”
🔴 BREAKING
Silat has just been inscribed on the #IntangibleHeritage list.
Congratulations #Malaysia 🇲🇾! 👏
ℹ️https://t.co/KfkrRRiqzr #LivingHeritage #14com pic.twitter.com/0nSpOdZNjz
— UNESCO (@UNESCO) December 12, 2019
“Penyenaraian ini juga akan memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan dunia dan secara tidak langsung akan mendapat perhatian pelbagai pihak dan dunia,” tambah beliau lagi kepada wartawan selepas kejayaan delegasi Malaysia.
Malaysia telah menghantar pencalonan pada 30 Mac lalu kepada UNESCO di Paris.
Datuk Mohamaddin Ketapi juga berterima kasih di atas kerjasama diberikan pelbagai pihak terutama sekali daripada beberapa agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Jika tidak, semua ini pasti tidak akan dapat direalisasikan.
Seni mempertahankan diri silat berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi pic.twitter.com/Gst0e7zKpZ
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) December 13, 2019
Datuk Mohamaddin Ketapi menganggap pengiktirafan itu sangat bermakna selepas kejayaan Malaysia menghantar pencalonan ‘Mak Yong’ dalam kategori Masterpieces of the Oral and Intangible Cultural Heritage of Humanity (Originally Proclaimed 2005) ketika persidangan sesi ke-3 jawatankuasa itu di Istanbul, Turki pada tahun 2008.
Ia diikuti kejayaan kali kedua, apabila Malaysia berjaya mendapat pengiktirafan ‘Dondang Sayang’ dalam kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity semasa persidangan sesi ke-13 di Port Louis, Mauritius pada tahun 2018.
Datuk Mohamaddin Ketapi percaya pengiktirafan itu akan mengukuhkan lagi hubungan jaringan dengan kebanyakan negara anggota.
Ini secara langsung akan membantu memudahkan Malaysia mengangkat lebih banyak pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara pada masa akan datang.
After Mak Yong and Dondang Sayang, Silat is now inscribed in UNESCO representative list of intangible cultural heritage of humanity under Malaysia . Congratulations ! 💐. It belongs to the world now 👏👏👏🏼👏🏼👏🏿👏🏿👏🏽👏🏽👏🏾👏🏾 pic.twitter.com/yVzBGgW4Gz
— Melissa Goh (@MelGohCNA) December 13, 2019
Selain daripada pencak Silat dari Malaysia, yang dari Indonesia turut diiktiraf. Bijak UNESCO bagi mengelakkan jiran kita itu melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.
🔴 BREAKING
Traditions of Pencak Silat, #Indonesia🇮🇩, have just been inscribed on the #IntangibleHeritage list.
Congratulations! 👏👏
ℹ️https://t.co/FQuHRxII7E #LivingHeritage #14com pic.twitter.com/aeFbUeLvlL
— UNESCO (@UNESCO) December 12, 2019
Oleh itu syabas kepada Malaysia dan Indonesia di atas pengiktirafan pencak silat oleh UNESCO.
Silat adalah seni mempertahankan diri dari rumpun Melayu. Dan ianya kini sudah popular di serata dunia. Malah ada kejohanan dunia untuk silat. Semakin ramai penggiat seni mempertahankan diri belajar dan mendalami ilmu persilatan.
Semoga dengan pengiktirafan ini, pencak silat akan terus mekar dan berkembang pesat.
Sumber: Axello.net