Sifat Kepimpinan Tanpa Batas Dipamerkan Milner Ketika Menentang Shrewsbury

James Milner merupakan satu-satunya pemain senior yang hadir menyaksikan perlawanan anak-anak Liverpool menentang Shrewsbury dalam perlawanan ulangan Piala FA.

Seri pada perlawanan pertama pusingan ke-4 bermaksud Liverpool terpaksa bermain perlawanan ulangan ketika cuti rehat winter break.

Jurgen Klopp mengotakan janji apabila tidak akan menurunkan pemain senior dalam perlawanan ketika winter break termasuklah dirinya sendiri.

Tanggungjawab ini digalas oleh pengurus bawah 23 tahun Liverpool, Neil Critchley yang membariskan pemain muda yang tidak berpengalaman.

Hanya kelibat James Milner sahaja yang dilihat malam itu yang duduk dibelakang bangku simpanan bagi memberi sokongan kepada pemain muda.

Selepas perlawanan Neil Critchley telah mendedahkan betapa besarnya impak yang diberikan Milner kepada perlawanan dan diterjemah di dalam padang.

“Milner telah berlatih bersama kami semalam dan Milner terlebih dahulu meminta izin bolehkah beliau datang.”

“Aku ‘Ya’ hanya jawapannya.’Ya sudah pasti kau boleh datang.’Satu permintaan yang penuh dengan penghormatan.”

Begitulah sikap kepimpinan tanpa batas dan beraras tinggi yang dipamerkan Milner walaupun bergelar pemain Senior.

“Milner telah memberi kata-kata nasihat dan berada dibelakang pemain. Beliau bersuara dan bereaksi di bilik persalinan.”

“Milner juga bersuara dibelakang aku, itu aku boleh dengar.”

“Milner tersangat gembira dengan persembahan anak-anak dan ucapan terima kasih sahaja tidak memadai untuk Milner.”

Impak yang diberikan Milner diterjemah oleh anak-anak muda dipadang dengan satu kemenangan walaupun hasil jaringan sendiri.

Namun dalam perlawanan ini Liverpool muda sangat dominan sepanjang perlawanan dan tidak gentar dengan pasukan lawan.

Aksi yang ditunjukkan Liverpool membuatkan, pemain Shrewsbury tidak mampu melakukan sebarang percubaan dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Chelsea menanti kunjunangan Liverpool dalam perlawanan pusingan ke-5 yang kini hanya tinggal 16 pasukan sahaja.

Sifat kepimpinan dan sangat sayangkan Livepool yang ada pada Milner yang kini berusia 34 tahun tidak perlu dipertikaikan lagi.

Buktinya Milner telah muncul sebagai pemain Liverpool paling cergas buat tahun kelima berturut-turut selepas sekembalinya dari cuti musim panas.

Ketika pemain lain sedap menikmati cuti dan kembali untuk sesi latihan adalah cara untuk mengembalikan kecergasan tetapi tidak bagi Milner.

Beliau kembali dari cuti dengan penuh berketerampilan dengan bada sasa berserta urat yang timbul bak badang untuk persediaan musim baru.

Tahun lalu tiada beza buat Milner sejak menyertai Liverpool apabila tenang melepas ujian tahunan ‘bleep test’ dan menjadi pemain paling cergas.

Disiplin yang tinggi serta contoh yang baik ditunjukkan oleh Milner ini nyata disenangi oleh peminat.

Tidak hairanlah Milner telah diberikan kontrak baru untuk kekal bersama Liverpool kerana menunjukkan satu teladan yang baik.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.