Tidak guna Manchester City membawa masuk Lionel Messi ke Etihad jika Liverpool berjaya memancing Thiago Alcantara ke Anfield.
Demikianlah pendapat Wayne Rooney yang berpendapat Liverpool akan tampil lebih kuat dan seimbang dengan kehadiran Alcantara berbanding City dengan Messi.
City adalah pilihan utama pemerhati untuk mendapatkan Messi sekiranya pemain antarabangsa Argentina itu meninggalkan Barcelona pada jendela perpindahan kali ini.
Lionel Messi has been strongly linked with a move to Manchester City, but Wayne Rooney believes that Thiago Alcantara's potential move to Liverpool would be a better signing. pic.twitter.com/HyM3dmm3u3
— Undiluted Qoby Hazard (#TeamUQH) (@HazardQoby) August 27, 2020
Ianya pasti menarik untuk melihat Messi kembali ke pangkuan Pep Guardiola di Etihaf. Ia juga pasti sesuatu yang menarik untuk menyaksikan Messi beraksi di luar LaLiga dan memperagakan bakatnya di Premier League.
Di sebalik keterujaan Messi beraksi di Premier League, Rooney tetap memilih Liverpool sebagai pilihan utama mempertahankan kejuaraan liga jika kelab Merseyside itu berjaya memancing Thiago Alcantara.
The Reds telah dikaitkan dengan pemain tengah Bayern Munich itu sejak sekian lama, dan laporan mengatakan terma peribadi bersama pemain telah dipersetujui, walaupun yuran perpindahan antara kedua-dua kelab belum dimuktamadkan.
Wayne Rooney 💬: "Si Thiago Alcantara va al Liverpool sería un MEJOR FICHAJE que el de LIONEL MESSI por el Manchester City". FUERTES declaraciones del inglés. 😳 pic.twitter.com/MFQsEM9BtP
— Portal Fútbol (@PortalFutboI) August 27, 2020
“Saya berpendapat ianya City atau Liverpool [akan jadi juara],” kata Rooney baru-baru ini kepada talkSPORT.
“Chelsea membeli banyak pemain, pembelian yang baik.
“Man United pula memiliki pemain yang ramai dengan potensi, namun masih ketinggalan beberapa tahun di belakang.
“Chelsea dengan ramai pemain baharu memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk bergelar pencabar.
“Jadi saya berpendapat Man City dan Liverpool akan bersaing. Tetapi jika Liverpool berjaya membawa masuk Thiago [Alcantara] dari Bayern Munich, maka siaplah [kejuaraan].
“Ianya adalah pembelian yang jauh lebih baik berbanding Messi menyertai Man City.”