Maria Sharapova vs Serena Williams dianggap antara permusuhan paling hebat dalam arena tenis wanita. Kedua-dua mereka sudah menuju ke peringkat akhir karier. Namun Serena kelihatan berjaya bangkit dalam beberapa musim ini.
Sharapova dan Serena Williams akan dipertemukan buat pertama kali setelah sekian lama. Dalam majlis undian yang dilangsungkan semalam, Sharapova dan Williams akan berentap di pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat.
Dalam karier mereka, Williams dan Sharapova pernah bertemy dalam 3 final kejohanan major serta Olimpik 2012. Dalam Terbuka Amerika Syarikat, ini adalah pertama kali mereka bertemu.
Rekod Williams ke atas Sharapova terlalu ampuh dengan 19-2. Dan pada perlawanan ini, Williams turut diletakkan sebagai pilihan.
Namun, pertarungan ini tetap menjadi perhatian kerana ramai yang mahu mengimbau kembali detik perseteruan 2 pemain ini di atas gelanggang.
Breaking down the draw @usopen, where Serena Williams and Maria Sharapova are set for a 1R clash, Simona Halep and Bianca Andreescu are on a collision course, and Svetlana Kuznetsova looks primed for a bracket-busting run.
Read: https://t.co/R2TsviUlQw#USOpen pic.twitter.com/8ru12I69N7
— WTA Insider (@WTA_insider) August 23, 2019
Williams memburu kejuaraan Grand Slam ke-24 untuk berada sebagai pemegang rekod bersama, pemain paling banyak menang Grand Slam. Sharapova bukannya pemain yang dahulu, ketika menang Terbuka AS pada 2006, ataupun ketika beliau menewaskan William, 2 tahun sebelum itu di Wimbledon.
Namun Sharapova tetap antara pemain yang paling diminati peminat di Flushing Meadows selain daripada adik beradik Williams.
Siapakah yang bakal memenangi pertarungan ini? Mampukah Maria Sharapova mencatatkan kemenangan ke-3 dan menghalang Williams daripada mencapai satu lagi angka dekad dalam rekod kemenangan dalam pertarungan ini?