Serie A Dikecam Kerana Poster Kempen Anti Perkauman Guna 3 Ekor Monyet

Serie A antara liga yang berhadapan dengan beberapa insiden perkauman dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Musim lalu, ada beberapa insiden melibatkan pemain diejek oleh penyokong. Ini termasuk melibatkan pemain muda, Moise Kean.

Musim ini pula, pemain seperti Romelu Lukaku antara yang sudah terkena dengan ejekan berbentuk perkauman.

during the Serie A match between FC Internazionale and AS Roma at Stadio Giuseppe Meazza on December 6, 2019 in Milan, Italy.

Serie A akhirnya melancarkan kempen anti perkauman untuk memperkasakan lagi mesej yang pernah mereka beritahu kepada semua pihak sebelum ini.

Sebelum ini mereka memang sudah melakukan kempen itu, namun masih banyak insiden yang berlaku.

Malah ada yang menuduh Serie A tidak tegas di dalam permasalahan ini berbanding dengan liga di tempat lain di Eropah.

Diharap dengan kempen terbaru ini akan memberikan lebih kesedaran kepada perkara itu.

Namun masalahnya sekarang ini, apabila poster dan visual yang dipilih oleh Serie A dalam menjayakan kempen yang murni ini.

Ianya telah mengundang kecaman ramai pihak. Ada yang menanggap tindaka ini seperti nak menyimbah petrol pada api.

Mereka menggunakan ilustrasi gambar tiga ekor monyet berwarna hitam. Sedangkan di Itali, monyet merupakan antara stereotaip yang kerap digunakan merujuk kepada ejekan perkauman.

Sebab itu dalam beberapa kes, para pemain diejek dengan bunyi monyet ataupun dibaling pisang.

Imej yang dipaparkan oleh Serie A itu dianggap sangat terpesong dan memalukan.


Menurut Football Italia adan 3 lukisan dihasilkan oleh artis Simone Fugazzotto, yang menggunakan cimpanzi dan juga beruk.

Ramai yang kecewa dengan poster tersebut dan meminta Serie A menggantikannya segera.

Menurut Football Italia, pelukis menggunakan motif monyet tersebut kerana mahu meruju kepada nilai intergrasi, berbilang kaum dan semangat persaudaraan.

Namun jelas sekali ramai merasakan mesej itu tidak sampai. Ada yang menganggap ini adalah komedi yang tidak kelakar untuk dihadam semua orang.

Ada yang menganggap pihak Serie A memang cuba mencari solusi kepada masalah sedang melanda, namun mereka tidak faham apa yang mereka sedang lakukan.

Beberapa minggu lalu, Itali digemparkan oleh sebuah akhbar yang menggunakan tajuk berita Black Friday, merujuk kepada perlawanan di antara AS Roma dan Inter Milan yang dibarisi 2 bintang kulit hitam iaitu Lukaku dan Chris Smalling.

Smalling dan Lukaku sangat kecewa dengan tindakan akhbar tersebut. Kedua-dua pemain membuat kenyataan mengecam media tersebut.

AC Milan dan AS Roma turut memboikot akhbar Gazetta Dello Sport untuk tahun ini kerana tindakan menerbitkan artikel dengan tajuk yang berbentuk rasis.

Tindakan itu juga dikutuk oleh ejen kepada Lukaku yang menganggap ia sebagai memalukan.

Tetapi tiada kutukan atau kecaman yang lebih teruk diterima di Itali. Malah ramai orang Itali yang mempertahankan tindakan akhbar itu dengan menyatakan, isi artikel itu sangat baik cuma tajuk artikel sahaja kurang sedap.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.