Serie A 2019/20: Inter Milan 4-2 AC Milan

Derby della Madonnina yang juga dikenali sebagai Derby Milano atau Milan Derby merupakan pertembungan antara dua pasukan kota Milan iaitu Inter Milan dan AC Milan.

Gelaran Derby della Madonnina diberikan sebagai penghormatan kepada mercu tanda bandaraya Milan, patung Virgin Mary yang dirujuk sebagai Madonnina.

Pertembungan antara AC Milan dan Inter Milan ini kembali meriah dan menjadi sebutan selepas kedua-dua pasukan kembali dalam radar bola sepak.

Inter Milan kini telah menjadi pencabar utama Juventus yang saban musim mudah untuk meraih gelaran Serie A tanpa cabaran yang padu.

Ditambah dengan sentuhan Antonio Conte, Inter Milan kini bukan lagi kaleng-kaleng lawan.

Kemasukan Zlatan Ibrahimovic dalam barisan pemain utama AC Milan memberikan impak agak positif .

Namun Romelu Lukaku dan rakan-rakan telah mengajar Zlatan Ibrahimovic apa itu erti kebangkitan dan kemenangan sebenar.

Zlatan telah menjadi nadi AC Milan bagi menghasilkan dua gol pendahuluan dalam tempoh 5 minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Bekas pemain Sweden itu telah membuat satu assist kepada Ante Rebic untuk gol pertama Inter Milan.

Lima minit kemudian, Zlatan meletakkan nama beliau selaku pencetak gol.

Namun Inter bangkit dengan penuh bergaya dengan empat gol pada babak kedua untuk kemenangan 4-2.

Jika Milan menjaringkan dua gol dalam tempoh lima, Inter melakukan perkara tapi dalam tempoh dua minit.

Marcelo Brozovic mendekatkan jarak gol pada minit ke-51 sebelum Matias Vecino menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Stefan De Vrij meletakkan Inter dihadapan pada minit ke-70 sebelum Lukaku membunuh perlawanan dengan gol ke-4.

Dengan kekalahan Juventus, Inter kembali menyamakan mata dan kembali ke puncak Serie A hanya dipisahkan dengan perbezaan gol.

Inter Milan: Padelli, Godin, de Vrij, Skriniar, Candreva (Moses 80), Vecino, Brozovic, Barella, Young (Biraghi 90), Lukaku, Sanchez (Eriksen 72)

AC Milan: Donnarumma, Conti, Kjaer, Romagnoli, Hernandez, Castillejo (Leao 80), Kessie (Paqueta 81), Bennacer, Rebic (Bonaventura 84), Calhanoglu, Ibrahimovic

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.