Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos dilaporkan sudah saling tidak bertegur sapa mahupun berjumpa satu sama lain sejak dari tahun 2018 selepas dari peristiwa berkaitan anugerah Ballon d’or.
Menurut laporan dari akhbar Sepanyol, Marca, gandingan tersebut sepatutnya bertemu satu sama lain dalam perlawanan antara Sepanyol dan Portugal kali ini.
Terdapat laporan yang menyatakan bahawa kedua-dua mereka sudah saling tidak bertegur sapa sejak dari Ronaldo berhijrah ke Juventus pada tahun 2018.
All over Luka Modric's Ballon d'Or win… 😯https://t.co/nVhocA44I3
— talkSPORT (@talkSPORT) October 7, 2020
Walau sudah meninggalkan Madrid, Ronaldo tetap menunjukkan rasa hormatnya pada ketua pasukan, Sergio Ramos dan kesemua pemain Los Blancos yang lain.
Namun, keadaan dilaporkan berubah selepas reaksi yang ditunjukkan oleh Ronaldo ketika Luka Modric memenangi gelaran Ballon d’or pada tahun 2018 menewaskan dirinya sendiri.
Ketika itu, Ronaldo memberitahu media Itali bahawa:
“Sudah tentu saya sangat kecewa, atas padang saya sudah melakukan segalanya untuk memenangi ballon d’or, bukti nyata tidak akan boleh untuk menipu.”
“Tetapi saya mungkin tidak begitu sedih kerana tidak menang, saya mempunyai sahabat dan keluarga yang baik, saya juga bermain bersama dengan kelab terhebat.”
Tonight, these two animals will play against each other. Cristiano Ronaldo and Sergio Ramos defined an entire generation with their longevity, leadership, and not to forget the way they honed their craft to become legends of the beautiful game. Blessed to have witnessed it all. pic.twitter.com/SufCvwPCqZ
— Xav Salazar (@XavsFutbol) October 7, 2020
“Tahniah kepada Modric, beliau sudah memenangi anugerah itu, tapi tahun depan kita akan bertemu lagi dan saya akan lakukan apa saja untuk memenanginya kembali. Jadi kamu fikir saya akan pulang dan menangis sekarang?”
Tidak begitu terkejut dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ronaldo memandangkan semangat kuat bersaing yang sering beliau pamerkan. Namun setidak-tidaknya beliau masih mampu untuk mengucapkan tahniah kepada Modric.
Namun menurut kebanyakkan mereka di Real Madrid, Ronaldo seharusnya lebih bergembira dengan kejayaan bintang Croatia itu selepas apa yang mereka berdua sudah lalui bersama sebelum ini.
Ronaldo dan Modric merupakan rakan sepasukan selama enam tahun, berkongsi detik kejayaan bersama dan menjulang kejuaraan juga bersama-sama.
Cristiano Ronaldo Hasn't Spoken To Sergio Ramos In Two Years
Cristiano Ronaldo and Sergio Ramos hasn't seen or spoken to each other since 2018 due to a falling out over the Ballan d'or. #CristianoRonaldo #SergioRamos https://t.co/petO7mKF1p pic.twitter.com/3CT2Wk9YyA
— John Joe (@JohnJoe21264589) October 7, 2020
Menurut laporan dari Marca lagi, selepas dari peristiwa itu, hubungan Ronaldo dengan Ramos dan kebanyakkan pemain Real Madrid yang lain mula bermasalah.
Dari kesemua pemain Real Madrid, hanya pemain full-back Brazil, Marcelo sahaja yang masih mempunyai hubungan baik dengan Cristiano Ronaldo.
Cristiano Ronaldo turut hadir ke perlawanan El Clasico terakhir di Bernabeu pada Mac lalu, yang mana Madrid menang perlawanan tersebut 2-0.
Namun beliau ketika itu hadir sedikit lewat selepas sepak mula dan pulang beberapa minit sebelum perlawanan tamat, jadi jelas Ronaldo tidak sempat untuk bertemu mana-mana bekas rakan sepasukannya itu.
Former Real Madrid team-mates Cristiano Ronaldo and Sergio Ramos 'haven't spoken in TWO YEARS' – but will face each other tonight https://t.co/1hAOXEPjAp
— MailOnline Sport (@MailSport) October 7, 2020
Mungkin boleh difahami jika Ronaldo dan Ramos tidak mempunyai ikatan yang baik pada tahun 2020 ini. Tambahan pula, kedua-dua mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk menang.
Namun semoga saja kedua-dua mereka akan memberikan yang terbaik sekiranya Juventus bertemu dengan Real Madrid di pentas liga Juara-juara nanti.
Sergio Ramos and Cristiano Ronaldo have not spoken to each other in the two years since the latter's Real Madrid exit. They face each other for the first time since that tonight https://t.co/4pyAh7BVMK
— footballespana (@footballespana_) October 7, 2020
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah berjaya untuk memenangi pelbagai kejayaan bersama-sama seperti empat kejuaraan saingan Liga Juara-juara, tiga kejuaraan Club World Cup, dua kejuaraan La Liga dan dua Copa del Reys.
Jadi agak memalukan sekiranya benar ada permasalahan antara penjaring terbanyak sepanjang zaman Real dan ketua pasukan terkini itu hanya kerana kesalah fahaman kecil sahaja.