Sergio Aguero Berjaya Memecahkan Rekod Premier League Ketika Aksi Perlawanan Terakhirnya Bersama City

Sergio Aguero menjaringkan dua gol di hari terakhir bertemu Everton, seterusnya memecahkan rekod Wayne Rooney sebagai penjaring gol terbanyak bersama satu kelab dalam saingan premier league.

Aguero dijadualkan akan meninggalkan Man City pada penghujung musim ini, mungkin selepas berakhirnya aksi perlawanan akhir saingan liga Juara-juara bertemu Chelsea.

Beliau akan meninggalkan Etihad selepas 10 tahun menabur bakti untuk The Citizens dan berjaya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab.

Aguero dimasukkan pada aksi babak kedua permainan ketika bertemu Everton dengan Man City ketika itu sudah mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0.

Walau bagaimanapun, Aguero tidak masuk sekadar untuk membuat penampilan terakhirnya di Etihad sebagai pemain City, beliau bahkan berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-71 dan 76 untuk mencipta rekod baru.

Walaupun dua gol tersebut tak mampu untuk membawa beliau bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman premier league, dengan beliau di kedudukan keempat secara keseluruhannya, namun beliau berjaya memecahkan rekod milik Rooney.

Aguero berjaya memecahkan rekod Rooney sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman bersama sebuah kelab dalam aksi saingan premier league.

Pengurus Derby County itu telah berjaya menjaringkan 183 gol untuk Manchester United dengan Sergio Aguero pula berjaya menjaringkan 184 gol untuk Man City.

Aguero memulakan kariernya sebagai pemain Manchester City dalam saingan bola sepak Inggeris sejak Ogos 2011, yang mana beliau ketika itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika bertemu Swansea.

Dalam perlawanan tersebut, Man City sudah mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0 ketika Aguero di masukkan, dan beliau kemudiannya menjaringkan dua lagi gol untuk membantu skuad kendalian Roberto Mancini itu menewaskan Swansea 4-0.

Itu merupakan sumbangan pertama beliau untuk kelab sebelum menjaringkan gol terkenalnya yang membantu City menjuarai gelaran liga pertama mereka pada musim tersebut.

Aguero terkenal dengan gol minit terakhir beliau ketika bertemu QPR pada hari terakhir liga seterusnya membantu Man City muncul sebagai Juara saingan Premier League.

Beliau sepanjang kariernya bersama City telah berjaya memenangi lima gelaran liga, satu FA Cup dan enam League Cup.

Sabtu akan datang, Aguero berkesempatan untuk membantu Man City memenangi gelaran Eropah pertama dalam sejarah kelab ketika bertemu Chelsea dalam aksi perlawanan akhir Champions League.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.