Sergej Milinkovic-Savic menjaringkan dua gol untuk memastikan Serbia mara ke perlawanan akhir play-off dengan kemenangan 2-1 ke atas Norway pada awal pagi tadi.
Keputusan tersebut pasti membuatkan penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland kecewa kerana Norway disingkirkan pada masa tambahan.
#EURO2020
Serbia 1-0 Norway | Goal Savic ππ₯pic.twitter.com/ceiagvkZYfβ Fast Goal (@FastGoal5) October 8, 2020
Sepanjang perlawanan Serbia berjaya membuatkan Erling Haaland senyap, dan berjaya mengembalikan ancaman dari pemain tengah Lazio itu β yang sebelum ini tidak pernah berjaya menjaringkan gol untuk negaranya.
Milinkovic-Savic menjaringan gol pertama selepas sepakan percuma di dalam kotak penalti diberikan kepada Serbia pada minit ke-82 perlawanan.
Norway pantas menyamakan kedudukan pada minit ke-88 melalui percubaan rendah Mathias Normann, dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
#EURO2020
Serbia 1-1 Norway | Goal Normann π₯π₯π₯pic.twitter.com/vzxgZPvfEaβ Fast Goal (@FastGoal5) October 8, 2020
Milinkovic-Savic kemudiannya mempamerkan skill menarik pada minit ke-102 perlawanan untuk mengelirukan penjaga gol Norway, Rune Jarstein dengan satu chip perlahan yang terus membunuh lawan.
Jarstein pada mulanya menjangkakan bola mungkin akan dirembat atau hantaran lintang dilakukan. Sebaliknya penjaga gol itu tertipu dengan lengok badan dan skill Milinkovic-Savic.
Serbia akan menjadi tuan rumah kepada Scotland dalam play-off yang hanya diadakan sekali pada 12 November hadapan.
Scotland terlebih dahulu menewaskan Israel melalui penentuan sepakan penalti selepas keputusan perlawanan di Glasgow terikat 0-0.
#EURO2020
Serbia 2-1 Norway | Goal Savic again π₯π₯π±ππ₯pic.twitter.com/R68OKm3Oouβ Fast Goal (@FastGoal5) October 8, 2020
Lapan separuh akhir untuk play-off pada awal pagi tadi turut membabitkan empat negara yang akan menjadi tuan rumah kejohanan Euro 2020 yang akan dibawa ke 2021.
Kemaraan Hungary dan Scotland ke perlawanan akhir [play-off] masing-masing memastikan kedua-dua pasukan kekal bersaing untuk memastikan dua perlawanan di tempat sendiri di peringkat kumpulan pada Jun tahun hadapan.
Ireland dan Romania bagaimanapun tersingkir kepada lawan masing-masing.
Untuk Euro 2020 (2021), play-off membabitkan pasukan yang menjuarai kumpulan masing-masing di pertandingan Nations League, atau mengakhiri cabaran di kedudukan yang baik, di pertandingan dua tahun lalu, namun tidak layak secara terus ke Euro 2020 melalui pusingan kelayakan yang biasa diadakan.
Perlawanan ini sepatutnya diadakan pada Mac sebelum UEFA membatalkan pertandingan kelolaannya, dan menangguhkan Euro 2020 selama setahun akibat penularan wabak global.
Β