Separuh Akhir Piala Carabao: Manchester City 0 Manchester United 1

Manchester United membuktikan kenapa mereka layak digelar raja bola sepak Inggeris sebenar.

Hanya dengan menurunkan skuad yang dibarisi pemain seperti Jesse Lingard, mereka mampu untuk menang ke atas Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala Carabao.

Aksi memukau Manchester United membantu mereka menewaskan Manchester City di dalam aksi yang berlangsung di kandang lawan. Sekaligus berjaya memerahkan kembali Bandar Manchester.

Ini merupakan kali kedua, kebijaksanaan Ole Gunnar Solskjaer mengatur strategi membuatkan Pep Guardiola tertunduk.

Gol tunggal perlawanan hadir pada separuh masa pertama, menerusi pemain sensasi Man United, Nemanja Matic.

United hanya memerlukan satu percubaan tepat sahaja pada separuh masa pertama. Matic menewaskan Bravo dengan rembatan deras hasil cetusan sepakan percuma oleh Fred.

Ia menandakan bahawa kebangkitan Manchester United kian menjadi nyata. Jaringan Matic itu membuatkan ramai penyokong Manchester City cemas.

David De Gea membuktikan kenapa beliau layak menjadi penjaga gol dengan gaji tertinggi di dunia.

Ketangkasan penjaga gol kebangsaan Sepanyol ini menafikan dua percubaan bahaya daripada Sergio Aguero dan Riyad Mahrez.

Beliau sangat tenang berhadapan dengan ancaman Manchester City, langsung tiada tekanan di wajah beliau.

Harry Maguire turut menguji Claudio Bravo dengan tandukan deras, selepas menerima hantaran Martial.

Sterling yang masih tak menjaringkan gol pada tahun 2020 meneruskan rekod itu. Beliau memiliki peluang terbaik namun menyepak bola ke langit.

Lebih banyak lagi pembaziran dilakukan oleh Manchester City, seperti dari David Silva dan Ilkay Gundongan yang gagal membentuk corak permainan yang menewaskan De Gea.

Silva memilih untuk menghantar kepada Gundongan, sedangkan beliau patut melakukan percubaan terus.

Selepas menjaringkan gol penuh bermakna di hadapan penyokong musuh sebandar, Nemanja Matic dibuang pada pada separuh masa kedua, ketika perlawanan berbaki 14 minit.

Namun beraksi 10 orang bukan alasan untuk United tidak beraksi baik. Mereka masih mampu menang dalam perlawanan ini.

Manchester United berjaya menang 1-0 di Etihad menewaskan Manchester City.

Di sebalik semua kisah gembira di atas, Manchester City yang mara ke final Piala Carabao pada 1 Mac ini di Wembley.

City menjadi pasukan ketiga yang berjaya mara ke final buat 3 musim berturut-turut.

https://youtu.be/noQEEko8Si4

Senarai kesebelasan utama:

Manchester City XI: Bravo, Walker, Rodrigo, Otamendi, Cancelo, Gundogan, Mahrez, De Bruyne, Bernardo, Sterling, Aguero.

Subs: Ederson, Stones, Jesus, Zinchenko, D Silva, Foden, Garcia.

Manchester United XI: De Gea, Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, Williams, Fred, Matic, Lingard, Greenwood, Martial.

Subs: Romero, Bailly, Dalot, Jones, Pereira, James, Mata.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.