Pelbagai perkara diambil kira untuk membina sesebuah litar perlumbaan. Ini termasuklah perancangan dan kajian menyeluruh sebelum direalisasikan. Litar lumba juga memainkan peranan penting kepada kejayaan seseorang pelumba MotoGP.
Struktur litar, sudut membelok, sudut mengambil ‘corner’, dan aspek keselamatan acap kali memainkan peranan yang sangat penting untuk sebuah litar perlumbaan. Litar yang baik akan menjadi kelebihan kepada pelumba-pelumba tertentu.
Malahan litar yang baik juga akan menjadi kegemaran penunggang-penunggang serta penonton MotoGP.
Berikut adalah senarai 10 litar yang mencatatkan kelajuan terpantas dalam pusingan kelayakan merebut petak pertama perlumbaan.
10. Sepang, Malaysia

Kelajuan terpantas yang pernah dicatatkan di Sepang dalam perebutan petak pertama telah dilakukan oleh Marc Marquez pada tahun 2014 kelajuan purata 166.6km/h (103.46mph).
Pada tahun yang sama juga Andrea Dovizioso yang menunggang jentera Ducati telah mencatatkan kelajuan 329.6km/h (294.8mph) sebagai ‘top speed’ dan meletakkan litar Sepang di kedudukan kesembilan dalam senarai ‘top speed’ terlaju.
9. Motegi, Jepun

Purata kelajuan di litar Motegi hampir sama dengan purata kelajuan di Sepang mencatatkan kelajuan 166.5kmh (103.46mph) untuk bermula di petak hadapan pada musim 2015.
Manakala bagi kelajuan ‘top speed’ pula telah dilakukan oleh Andrea Iannoni dengan catatan kelajuan 314.3km/h (195.3mph).
8. Brno, Czech Republic

Pada tahun 2015, Jorge Lorenzo telah mencatatkan kelajuan 169.1km/h (105.07mph) untuk memulakan perlumbaan dari petak pertama.
Walaubagaimanapun, catatan ‘top speed’ di litar ini hanyalah 316km/k (196.6mph) merupakan antara catatan yang terendah pernah dicatatkan dalam MotoGP.
7. Losail, Qatar

Rekod terpantas yang dicatatkan di Qatar adalah pada tahun 2008. Rekod purata kelajuan 170km/h (105.63mph) dicatatkan oleh Lorenzo dalam ujian masa dan menempatkannya di petak pertama perlumbaan.
Lorenzo berjaya mencatatkan kelajuan yang sama bagi lap terpantas perlumbaan tersebut dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Rekod terpantas ‘top speed’ pula berjaya dicatatkan oleh Ducati pada tahun 2016 dengan kelajuan maksima 351.2km/h (218.23mph).
6. Aragon, Spain

Rekod terpantas litar ini dicatatkan oleh pelumba tempatan mereka iaitu Marc Marquez pada tahun 2014 dengan kelajuan 170.5km/h (105.94 mph) untuk memulakan perlumbaan dari petak pertama.
Malangnya beliau hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13. Aragon merupakan salah satu litar dengan laluan lurus yang panjang.
Walaubagaimanapun ‘top speed’ litar ini bukanlah milik jentera Ducati, sebaliknya telah dicatatkan oleh Stefan Bradl’s melalui LCR Honda pada tahun 2013 dengan kelajuan 341.6 km/h (212.26mph).
Kurang percaya? Itulah faktanya.
5. Assen, Netherlands

Valentino Rossi telah mencatatkan kelajuan 176.5 km/h (109.67mph) pada tahun 2015 untuk meletakkan Assen dalam senarai sepuluh litar terpantas MotoGP.
Walaupun Rossi berjaya memenangi perlumbaan tersebut, belum cukup untuk beliau mencatatkan ‘top speed’ terlaju litar tersebut.
Pada tahun yang sama Andrea Iannone telah mencatatkan ‘top speed’ 319.8km/h (198.71mph) dengan jentera Ducati dan menamatkan perlumbaan di tempat ke empat.
4. Silverstone, Great Britain

Bagi peminat MotoGP, Silverstone merupakan salah satu perlumbaan yang dinanti-nanti. Reputasi Silverstone sebagai salah satu litar mencatatkan masa terpantas didunia tidak dapat ditidakkan.
Walaupun selepas beberapa ubahsuai dilakukan termasuk tambahan selekoh. Pada tahun 2015, Marc Marquez berjaya mencatatkan kelajuan 176.6 km/h (109.73mph) untuk merebut petak pertama perlumbaan.
Malangnya Marquez gagal menamatkan perlumbaan. Valentino Rossi yang menjuaraai perlumbaan telah mencatatkan catatan masa terpantas di pusingan ke sembilan. Bagi catatan ‘top speed’ pula dicatatkan oleh Iannone dengan kelajuan 332.4km/h (206.54mph).
3. Termas de Rio Hondo, Argentina

Termas de Rio Hondo merupakan sebuah litar yang mempunyai lencongan tajam dan sempit. Namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Marc Marquez yang terkenal dengan gaya pemanduan yang agresif.
Catatan kelajuan terpantas untuk kelayakan petak pertama litar ini dicatat pada tahun 2014 dengan kelajuan 177.1km/h (110.04mph).
Pada tahun yang sama Bradl yang telah mencatatkan ‘top speed’ 334.1km/h (207.6mph), catatan kelajuan yang masih kekal ke hari ini.
2. Mugello, Italy

Rekod purata kelajuan litar ini dipegang oleh pelumba Italy. Bukan Valentino Rossi sebaliknya oleh Andrea Iannone. Pada tahun 2015, Iannone telah mencatatkan kelajuan purata 177.3km/h (110.17mph) untuk meletakkan diri di petak pertama perlumbaan.
Ini merupakan kejayaan petak pertama dalam kariernya semenjak melakukan debut MotoGP di Qatar pada tahun 2013. Namun Valentino Rossi telah memenangi perlumbaan pada masa itu.
Iannone juga mencatatkan kelajuan ‘top speed’ di litar yang sama pada tahun 2015 dengan kelajuan 350.8km/h (217.98mph).
Lebih manis, kesemua rekod ini dicatatkan oleh penunggang Itali dengan jentera Itali iaitu Ducati di Itali. Mengagumkan.
1. Phillip Island, Australia

Philip Island merupakan litar lumba paling awal tersenarai dalam perlumbaan MotoGP. Purata kelajuan untuk menduduki petak pertama telah dicatatkan pada tahun 2013 oleh Jorge Lorenzo dengan kelajuan yang mengagumkan iaitu 182.1km/h (113.15mph).
Jorge Lorenzo telah memenangi perlumbaan pada tahun 2013 dengan meninggalkan Dani Pedrosa +6.93 saat di belakang. Kelajuan ‘top speed’ pula dicatatkan oleh Andrea Dovizioso yang mencecah 348km/h (216.24mph) pada tahun 2015 dengan jentera Ducati.
Sumber
1. motogp.com
2. visordown.com