Senarai Pendapatan Tertinggi 10 Pengurus Premier League

Pep Guardiola merupakan pengurus yang memperoleh pendapatan tertinggi dari kalangan semua pengurus di pentas premier league.

Nilai pendapatan yang diterima oleh pengurus Manchester City itu sangat tinggi berbanding yang lain. Dari sepuluh pengurus yang terdapat dalam senarai tersebut, beberapa nama yang ada pasti mengejutkan ramai pihak.

Guardiola menyertai Manchester City pada tahun 2016 dan SunSport melaporkan bahawa pendapatan yang beliau terima di sana adalah sekitar £20 juta setahun.

Ia bermaksud, pendapatan beliau £5 juta lebih tinggi dari pengurus Tottenham Hotspur yang berada di kedudukan kedua senarai.

Jose Mourinho menerima pendapatan £15 juta setahun selepas menandatangani perjanjian bersama Spurs pada November tahun lalu.

Pengurus terhebat premier league, Jurgen Klopp, Brendan Rodgers dan Carlo Ancelotti melengkapkan senarai lima pengurus yang memperoleh pendapatan tertinggi di pentas premier league.

Berikut merupakan senarai 10 pengurus yang memperoleh pendapatan tertinggi dalam saingan premier league.

10 Pengurus Yang Memperoleh Pendapatan Tertinggi:

10. Mikel Arteta (Arsenal)

Pendapatan Tahunan: £5 juta

9. Frank Lampard (Chelsea)

Pendapatan Tahunan: £5.5 juta

8. Ralph Hassenhutl (Southampton)

Pendapatan Tahunan: £6 juta

7. Ole Gunnar Solskjaer (Manchester United)

Pendapatan Tahunan: £7.5 juta

6. Marcelo Bielsa (Leeds United)

Pendapatan Tahunan: £8 juta

5. Brendan Rodgers (Leicester City)

Pendapatan Tahunan: £10 juta

4. Carlo Ancelotti (Everton)

Pendapatan Tahunan: £11.5 juta

3. Jurgen Klopp (Liverpool)

Pendapatan Tahunan: £15 juta

2. Jose Mourinho (Tottenham Hotspur)

Pendapatan Tahunan: £15 juta

1. Pep Guardiola (Manchester City)

Pendapatan Tahunan: £20 juta

Apa yang menariknya dalam senarai tersebut adalah, pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa menerima pendapatan lebih tinggi berbanding Ole Gunnar Solskjaer, Frank Lampard dan Mikel Arteta.

Nama Bielsa sememang terkenal dengan kebolehan mengurus sesebuah pasukan dengan baik dan beliau terbukti seorang pengurus yang hebat.

Namun agak mengejutkan juga apabila sebuah kelab yang baru saja dinaikkan ke liga Perdana dari Championship mampu untuk membayar gaji pengurus lebih tinggi dari pengurus pasukan big six di pentas premier league.

Arteta berjaya untuk membawa Arsenal menjuarai Piala FA musim lalu manakala Ole Gunnar Solskjaer pula berjaya untuk membawa United kembali ke pentas saingan Liga Juara-juara Eropah.

Sementara itu, Lampard pula mencuri tumpuan ramai selepas melakukan banyak penandatanganan ketika jendela perpindahan baru-baru ini dengan enam pemain sudah berada di Stamford Bridge.

Skuad kendalian Frank Lampard akan melayan kunjungan Liverpool pada petang Ahad nanti untuk perlawanan kedua saingan liga perdana musim ini.

Berlaku adegan sindir menyindir antara Klopp dengan bekas pemain kebangsaan England itu beberapa hari lalu berkaitan bajet yang dikeluarkan untuk urusan perpindahan pemain.

Klopp menimbulkan kegemparan menjelang bermulanya musim baru ini selepas menyuarakan bagaimana kelab-kelab di premier league mengeluarkan dana untuk jendela perpindahan musim panas ini.

Jurulatih dari Jerman itu mempertahankan mengapa Liverpool seperti tidak aktif pada jendela perpindahan ini dengan menyatakan bahawa bukan semua kelab di pentas premier league dimiliki oleh negara atau dimiliki oleh oligarki.

Lampard kemudian memberi komen balas diatas kenyataan Klopp dengan menyatakan bahawa Chelsea hanya mengikuti jejak langkah yang dilakukan oleh Liverpool dalam beberapa jendela perpindahan yang lalu.

“Kenyataannya adalah, melainkan Leicester mungkin, yang mana mereka ada kisah hebat sendiri, kebanyakkan kelab lain memenangi gelaran liga di era moden ini perlu mendapatkan pemain yang hebat dan perlu mengeluarkan dana.”

Jelas Lampard.

“Kamu boleh lihat sendiri barisan pemain Liverpool seperti Virgil Van Dijk, Alisson, Fabinho, Naby Keita, Sadio Mane dan Mohamed Salah, mereka semua pemain hebat yang ditandatangani dengan nilai yang tinggi.”

“Liverpool telah melakukannya terlebih dahulu dalam beberapa musim sebelum ini.”

“Apa yang telah kami lakukan itu hasil dari apa yang telah dilakukan oleh kelab lain dan mungkin mencuba untuk mengikuti cara itu untuk membantu kami menambah baik kelemahan kami.”

“Kami tahu Liverpool telah mengeluarkan dana yang banyak untuk berada di tahap seperti sekarang.”

“Tetapi tidak dinafikan mereka memiliki seorang pengurus yang hebat. Kita juga harus akui mereka mempunyai barisan pemain yang hebat.”

“Apa yang paling bijak dilakukan oleh Liverpool adalah mereka percaya kepada pengurus mereka dan percaya dengan sistem yang diamalkan beberapa tahun ini. Ianya kisah yang menarik tetapi kisah ini tetap melibatkan pengeluaran dana untuk mendapatkan pemain.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.