Senarai Pendapatan Pemain Chelsea Musim 2020/21

Chelsea merupakan pasukan yang paling menarik untuk ditonton dalam saingan liga perdana Inggeris musim baharu ini.

Frank Lampard menerima pujian yang melambung selepas berjaya membawa Chelsea untuk mara ke saingan liga Juara-juara musim ini walaupun tidak menandatangani mana-mana pemain kerana transfer-banned.

Beliau juga cemerlang membantu Chelsea untuk berada di kedudukan empat teratas dalam saingan liga walau kehilangan bintang utamanya, Eden Hazard yang berhijrah ke Real Madrid.

Walau bagaimanapun, selepas tamat hukuman transfer-banned, Chelsea menghabiskan jendela perpindahan musim panas ini dengan sungguh luar biasa.

The Blues menandatangani tujuh pemain pada jendela perpindahan musim panas ini dan ianya merupakan antara yang tergila dalam sejarah premier league.

Kelab dengan jelas telah membuat perancangan lebih awal untuk musim baru ini dengan menandatangani Hakim Ziyech lebih awal lagi iaitu pada Februari yang lalu.

Selepas menandatangani Hakim Ziyech, Chelsea berjaya untuk mendapatkan seorang lagi pemain yang boleh dikatakan terhangat di pasaran, Timo Werner.

Dengan kehadiran Timo Werner dan Hakim Ziyech, unit serangan Chelsea dilihat bakal menjadi antara unit serangan yang terbaik di pentas premier league musim baru ini.

Selepas tibanya Bekas pemain Ajax dan RB Leipzig itu ke Stamford Bridge, Chelsea kemudian membawa masuk Ben Chilwell, Thiago Silva, Malang Sarr, Xavier Mbuyamba dan Kai Havertz.

Pelaburan yang sungguh berbaloi, Chelsea berjaya mendapatkan dua pemain muda terhangat di pasaran seperti Kai Havertz dan Timo Werner pada satu jendela perpindahan.

Selain memantapkan jentera serangan pasukan, Chelsea juga menandatangani Thiago Silva dan Ben Chilwell untuk memantapkan barisan pertahanan pasukan.

Bukan sahaja peminat pasukan Chelsea, hampir kesemua peminat bola sepak seluruh dunia teruja dengan kesemua penandatanganan baru itu.

Para peminat tidak sabar untuk menyaksikan bagaimana kesemua pemain itu membantu Chelsea dalam memberi saingan untuk memburu kejuaraan liga musim baru ini.

Walau bagaimanapun juga, Ben Chilwell, Ziyech dan Thiago Silva tidak akan diturunkan dalam perlawanan pembukaan saingan liga menentang Brighton nanti.

Selain dari tujuh pemain itu, Chelsea juga sedang dalam usaha untuk mendapatkan dua lagi pemain dalam beberapa minggu ini.

Chelsea kini sedang dalam usaha untuk menandatangani Declan Rice dari West Ham dan Edouard Mendy, penjaga gol dari Rennes.

Hal ini benar-benar membuatkan para peminat tertanya-tanya bagaimana pihak pengurusan Chelsea menguruskan bajet untuk membayar gaji para pemain mereka.

The blues juga mungkin akan melepaskan beberapa pemain yang menerima pendapatan tertinggi dalam skuad untuk menstabilkan ekonomi kelab.

Tiemoue Bakayoko, Marco Van Ginkel, Victor Moses dan Danny Drinkwater merupakan antara pemain yang peroleh pendapatan tertinggi dan tidak begitu berfungsi untuk sistem kendalian Frank Lampard.

Dengan begitu banyak penandatanganan baru dan beberapa pemain yang menjadi kayu mati dengan tidak digunakan, Chelsea perlu melakukan sesuatu untuk kestabilan ekonomi kelab.

Spotrac telah mengeluarkan data pendapatan yang diterima oleh skuad Chelsea musim 2020/21 dan berikut merupakan senarai pendapatan kesemua pemain dari terendah kepada tertinggi.

Senarai Gaji Pemain Chelsea Musim 2020/21:

33. Fikayo Tomori – £14,423 Seminggu

32. Matt Miazga – £15,000 Seminggu

31. Isaiah Brown – £25,000 Seminggu

30. Willy Caballero – £35,000 Seminggu

29. Kurt Zouma – £40,000 Seminggu

28. Billy Gilmour – £43,269 Seminggu

27. Lewis Baker – £43,269 Seminggu

26. Tammy Abraham – £57,692 Seminggu

25. Ruben Loftus-Cheek – £60,000 Seminggu

24. Davide Zappacosta – £70,000 Seminggu

23. Emerson Palmieri – £75,000 Seminggu

22. Victor Moses – £75,000 Seminggu

21. Andreas Christensen – £80,000 Seminggu

20. Mason Mount – £88,462 Seminggu

19. Ross Barkley – £96,154 Seminggu

18. Hakim Ziyech – £100,000 Seminggu

17. Antonio Rudiger – £100,000 Seminggu

16. Mateo Kovacic – £100,000 Seminggu

15. Reece James – £100,000 Seminggu

14. Danny Drinkwater – £100,000 Seminggu

13. Marcos Alonso – £100,000 Seminggu

12. Thiago Silva – £110,000 Seminggu

11. Olivier Giroud – £110,000 Seminggu

10. Jorginho – £110,000 Seminggu

9. Tiemoue Bakayoko – £110,000 Seminggu

8. Callum Hudson-Odoi – £120,000 Seminggu

7. Kai Havertz – £140,000 Seminggu

6. N’Golo Kante – £144,231 Seminggu

5. Cesar Azpilicueta – £145,000 Seminggu

4. Kepa Arrizabalaga – £150,000 Seminggu

3. Christian Pulisic – £158,654 Seminggu

2. Timo Werner – £170,000 Seminggu

1. Ben Chilwell – £190,000 Seminggu

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.